28 Dec 2009

PAS Jangan Jadi UMNO.....Dengarlah Suara Pengundi-pengundi.....



Aduan polis terhadap 'penyokong, pengundi PAS'
Salhan K Ahmad Dec 28, 09 12:48pm


Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung dakwaan percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat melalui demonstrasi semalam. Aduan oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib dibuat di Shah Alam tengah hari ini, berhubung demonstrasi kumpulan yang digelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam. Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.
"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya. "Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak." Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS. "Kita dapati ini adalah cubaan untuk sabotaj (Pakatan Rakyat) dan memburuk-burukkan PAS di Selangor sebab mereka berdemo untuk minta PAS supaya jangan digunakan DAP, tetapi mereka bukan ahli PAS," katanya lagi.
Komen Isac;
Apakah dengan mendakwa "mereka" sebenarnya bukan ahli PAS, maka itu sudah cukup untuk menutup gesaan/suara-suara dari dalam Parti PAS agar PAS keluar dari Pakatan Pembangkang? Adakah semua ahli PAS dan pengundi-pengundi mereka berpuas hati dengan nasib yang sedang dan bakal menimpa orang-orang Melayu hasil kerja-sama PAS dengan Pakatan Pembangkang?
Adakah suara mereka yang pernah menjadi ahli PAS seperti Skrewkuat, Bumiyang, Wadat dan bloger-bloger lain yang kini telah beralih arah dengan menyokong/bersimpati terhadap perjuangan UMNO demi perpaduan Agama/Bangsa juga akan dinafikan status mereka?
Nasihat penulis kepada PAS, dengarlah rintihan dan harapan pengundi-pengundi anda dan hargailah mereka.....Ambillah pengalaman UMNO/BN dalam PRU 12 yang lalu sebagai iktibar....Berubahlah sebelum undi anda beralih-arah. Kepada ahli-ahli dan pengundi-pengundi yang lain kuatkan dan bulatkan protes anda!!!!!
PAS adalah hak semua ahli-ahlinya dan penyokong-penyokongnya, bukannya hak mutlak YB Salahuddin, Ahmad Zaidi, TG Hj. Hadi maupun TG Nik Aziz. Suara akar-umbi dan pengundi-pengundi adalah suara keramat yang perlu dihalusi dan didengar bukannya dinafikan hak mereka untuk menyuarakan pendapat!!!!!

2 comments:

  1. Salam bro, inilah nasib penyokong dan pengundi PAS...... mulai hari ini tinggalkan PAS dan PKR......

    ReplyDelete
  2. salam
    ibarat habis madu sepah dibuang

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.