1 Dec 2009

Lagi Melayu Hina Sultan....

Dipetik Dari mStar Online
Isnin November 30, 2009




Foto: Gambar Hiasan - Contoh Melayu "Baru". Ini Yang Kita Mahukan?


Pemilik Kedai Telefon Bimbit Dibicarakan Atas Dakwaan Hina Sultan
KOTA KINABALU: Perbicaraan terhadap seorang pemilik kedai telefon bimbit yang didakwa menyebarkan satu komen menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menerusi sebuah laman web, di Mahkaman Sesyen di sini hari ini dimulakan dengan keterangan teknikal.



Pihak pendakwaan memanggil saksi pertama iaitu Pegawai Teknologi Maklumat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Nor Haliza Masri, 29, yang memberitahu mahkamah mengenai butiran teknikal penggunaan internet.



Di kandang tertuduh ialah Rutinin Suhaimin, 36, yang didakwa melakukan kesalahan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang di Ranau pada pukul 6.33 petang, 13 Februari. Jika sabit kesalahan, Rutinin boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM50,000 mengikut Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Rutinin diwakili peguam Muammar Julkarnain manakala pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Salim Soib.Perbicaraan di hadapan Hakim Zaini Fishir bersambung esok. BERNAMA



Komen Isac;



Semoga ianya menjadi pengajaran buat semua.....Inilah generasi "Melayu Pembangkang" yang berjaya dan sedang dilahirkan oleh DSAI....




2 comments:

  1. Salam Isac, sepatutnya lucutkan sahaja kerakyatan budak hantu ini......

    ReplyDelete
  2. yg gambar tu, harap ye pakai lebai tapi bodoh..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.