19 Dec 2009

Enjin Jet TUDMpun Boleh Hilang??????

GAMBAR fail pesawat F-5E


Polis tahan empat orang, termasuk pegawai tentera
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat orang, termasuk pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM bernilai kira-kira RM50 juta daripada Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Kuala Lumpur ketika dibaik pulih pada akhir tahun lalu. Kehilangan enjin bersama rekod perkhidmatan dan penyelenggaraannya itu hanya disedari Januari tahun ini, dipercayai dijual kepada pihak tertentu di sebuah negara di Eropah.
Komen Isac;
Macam mana boleh hilang? Ianya sesuatu yang memalukan. Lagi satu perkara, Jet-jet pejuang F5E & F5F sepatutnya telah diberhentikan perkhidmatan mereka dengan penerimaan MIG 29 Fulcrum dan F18 Hornet oleh TUDM di antara tahun 1995 - 1997 bukan? Jet-jet F5E & F5F tersebut telahpun berusia lebih 40 tahun berbanding dengan jet-jet MIG 29 milik TUDM yang baru berusia di antara 10 - 12 tahun.
Adakah jet-jet tersebut hanya digunakan untuk latihan baik-pulih oleh unit kejuruteraan TUDM? Tetapi jika menurut Wikipedia, pesawat-pesawat tersebut masih digunakan oleh Squadron ke 12 RMAF, iaitu pesawat-pesawat Northrop F-5E, F-5F & RF-5E.
Penulis cuma berharap jet-jet pejuang MIG 29 Fulcrum yang akan dibersarakan tidak lama lagi tidak akan mengalami nasib yang sama.
Jangan lupa ikuti sambungan artikel berkaitan jet-jet pejuang milik TUDM dalam posting-posting "bumiyang" yang akan datang!!!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.