6 Nov 2009

Prof Aziz Bari Kata TG Hj Hadi Umpama "Pak Lah" Versi PAS!!!

Dipetik dari Malaysiakini
Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'
Fathi Aris Omar & Jimadie Shah Othman Nov 6, 09 12:20pm


eksklusif kemaskini 2.07pm Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini. Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri. Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas.

"Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," katanya. "Dan memang, kalau tengok kenyataan dia (Abdul Hadi), sama ada yang terbaru ini atau beberapa bulan ini, sudah jelas. Maksudnya, kenyataan tentang UG (kerajaan perpaduan) itu, bukan macam orang politik." Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam “politik baru” Pakatan Rakyat. Keseluruhan artikel sila rujuk; http://www.malaysiakini.com/news/116805

Komen Isac;

Kesian....TG Hj Hadi. Nampaknya Prof Aziz ni telah menjawat jawatan sebagai tukang "pancong" pemimpin-pemimpin PAS yang tidak disukai oleh DSAI. Dia dilihat mempunyai kuasa "besar" sehingga boleh meracuni dan melobi ahli-ahli PAS untuk meminggirkan Presiden, Timbalan Presiden dan mereka yang satu kem dengannya.

Adakah TG Nik Aziz sememangnya bersetuju atau menyebelahi beliau dalam hal ini? Yang peliknya Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS dilihat hanya seperti "patung lilin" yang tidak berkuasa untuk melakukan apa-apa? Jika dahulu Dato Asri pernah disingkirkan dari PAS, kini nampak gayanya sejarah akan berulang....

Siapakah yang akan ditabalkan untuk menggantikan pemimpin-pemimpin pro perpaduan ini nanti? Nampaknya nama-nama seperti Husam, Salahuddin dan Khalid akan mendahului senarai tersebut. Adakah team "pro perpaduan" hanya akan berpeluk tubuh? Nampak gayanya jika mereka serius mahu mempertahankan "kerusi-kerusi" mereka, bukan setakat team "Erdogan" yang perlu disingkirkan, tetapi sesiapa sahaja yang "memayungi" mereka juga perlu ditunjukkan jalan keluar.

1 comment:

  1. Salam bro, Aziz Bari ini nampaknya proksi agung dari Anwar telah menjalankan agenda PKR untuk menghancurkan PAS supaya menjadi lemah......

    Kalau PAS berterusan menerima kritikan atau pandangan dari barua Yahudi ini, PAS akan terus hancur..... apa yang dilihat Aziz Bari amat takut sekiranya PAS benar-benar akan bersama dengan UMNO......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.