5 Nov 2009

Persatuan Peguam Syarie Malaysia Tidak Jadi Berlagak "Mufti"......

Khamis November 5, 2009
PGSM mohon maaf, tarik balik tuduhan terhadap Dr Asri
Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
DAMAI... Pertemuan tertutup antara bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz; dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip di salah sebuah hotel di ibu negara hari ini berjaya mencapai keputusan positif.


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip telah mengemukakan permohonan maaf kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Menurut sumber terdekat, permohonan maaf tersebut dikemukakan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Difahamkan pihak berkenaan telah menghubungi Mohd Asri sebentar tadi bagi memaklumkan mengenai perkembangan terkini itu.


"Draf permohonan maaf tersebut telah dilakukan di hadapan Datuk Jamil yang turut menurunkan tandatangannya sebagai saksi," jelas sumber itu. PGSM bersetuju menarik balik segala tuduhan negatif terhadap Mohd Asri seperti yang terkandung di dalam memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.


"Permohonan maaf itu akan disiarkan di dalam laman web PGSM dan akan dihantar kepada semua media tidak lama lagi," kata sumber itu lagi. Ketika dihubungi, Mohd Asri yang sedang dalam perjalanan pulang ke Mengkuang, Bukit

Artikel penuh sila layari;

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/5/mstar_berita/20091105173508&sec=mstar_berita




Komen Isac;



Minta maaf tu memang bagus, kerana bukan semua orang yang berani untuk mengaku kesilapan sendiri. Walaubagaimanapun, dalam kes Dr. Asri ini, bukankah lebih bagus jika Persatuan Peguam Syarie Malaysia tidak terburu-buru mengambil tindakan mereka? Bukankan lebih baik jika menyerahkan bab hukum-hakam dan halal-haram kepada badan-badan agama yang lebih arif dan layak? Sampai mengheret Seri Paduka Baginda YDPT Agong sekali, bukankah itu tidak manis dan tidak waras?


1 comment:

  1. Hamba setuju dengan Isac. Tetapi satu pengalaman sudah dilalui. Biarlah ia menjadi pengajaran. Tetapi budak Penolong Pengarah ILIM yang kebetulan pula di bawah Jakim tu yang tompang sekaki nak glamor sekali tu macam mana. Bos dia tak marah pun. Calarkan nama ILIM je. Janganlah kerana ia ditubuhkan zaman Anuar berkuasa dan pemilihan pimpinannya dulu tu oleh Anuar dia kini pun masih Anuar. Kira nak buat kerja sebagai makhlok perusak je.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.