7 Nov 2009

Sah Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA MENGALAHKAN KELANTAN 3 : 1


Foto: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menyampaikan Piala Malaysia kepada Ketua Pasukan Negeri Sembilan Rezal Zambery Yahya selepas berjaya menjuarai perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Pada perlawanan itu Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala yang paling berprestij di dalam saingan Liga Malaysia setelah menewaskan Kelantan dengan 3-1. -Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.


Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59). Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.



Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol. Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.



Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

3 comments:

  1. Bro, krew RTM yang membuat liputan turut tercedera (kepala berdarah) akibat dibaling penyokong Kelantan. Mereka ini fanatik Pas. Kita lihat banyak yang kibar bendera Pas semasa di awal game. Pihak pengurusan stadium yang nak padamkan kerusi yang dibakar mereka ini pun turut menjadi mangsa. Dibaling botol. Teruk!

    ReplyDelete
  2. kalau dalam diri tu ada perangai kera dapat bunga, macam tulah jadinya...ada kerusi,dibakar...dah kalah tu, kenalah terima...macam kalah Final FA, macam tu gak suasananya...macam tak bertamadun...tu kat dalam stadium, kat luar macam dalam hutan dorang buat...provok sana sini walaupun kalah, sengaja cari pasal...

    masa Final FA hari tu, dah kalah, provok penyokong & awek dorang kat luar, ingat bila dah ramai, orang takutlah...tak tau, sape saje yang tengok kejadian tu pun panas...hasilnya, penggabungan penyokong secara tak sengaja...sama-sama masuk port ajar 2-3 ekor beruk tu... sudahnya kena "tibai", kena "luku" lembik sudahnya...nasib tak kena campak kat dalam kongkang...

    eloklah kalah, tak berkokok hari isnin nanti...kalau tak, sejak hari rabu tayang tiket macam kena loteri...rasa nak je aku terajang...memang dalam perjalanan balik, berbuku panas dihati....silap-silap, plaza tol nak ke LPT boleh terbakar sebab jalan nak balik JEM teruk...tu belum lagi kena banjir...menang panas...panas...tapi hati tetap gumbira...red giant tetap dihatiku...

    ReplyDelete
  3. Salam Pang5 & Anon kerana sudi singgah blog bumiyang,

    Agak2 kalau TG Nik Aziz X uzur, dia pergi tengok bola...Dia akan bakar kerusi jugak tak ? :)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.