1 Oct 2009

Tuan Guru Nik Aziz Dah Bertaubat ? Anak-anak Buah (Pas) Bila Lagi?

Dipetik dari Mingguan Malaysia : 27/09/2009
Elak kata kesat - Nik Aziz
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0927&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_07.htm&arc=hive


KOTA BHARU 26 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan penceramah Pas yang berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang agar tidak menggunakan kata-kata kesat sebagai menghormati bulan Syawal.


Katanya, sempena menyambut

Aidilfitri, pendekatan keras yang digunakan sebelum ini perlu diubah terutama sekali tidak menyentuh mengenai peribadi calon lawan.

Menurut beliau, sekiranya penceramah ingin bercakap mengenai isu peribadi biarlah secara bersemuka bukannya di depan umum kerana ia akan menimbulkan perasaan benci dan marah kepada sesiapa yang mendengarnya.


"Pendekatan kita berubah ikut suasana. Isu peribadi kalau kita nak sebut secara berdepan bukannya dengan mikrofon cuma kalau nak sentuh perangai secara umum tapi tidak bercakap soal peribadi tidak mengapa.

"Contoh kita nak sebut di Bagan Pinang soal rasuah politik, kita sebut rasuah haram dalam agama dan demokrasi, sebut secara umum tidak mengapa jangan tuju pada sesiapa. Kalau nak sebut juga jumpa orang itu sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kedai Lalat di sini hari ini.

Komen Isac;

Dah bertaubat rupanya Tok Guru kita ni....Alhamdulillah....Bagi pengikut-pengikut beliau patuhilah saranan Tok Guru anda ini. Jangan memandai buat fatwa sendiri mengumpat, mengata dan memfitnah calon Umno/BN hukumnya "dibolehkan" kononnya hendak menjatuhkan kerajaan yang zalim. Mana punya Tok Guru dia orang ni belajar agaknya, tak tahulah Isac nak cakap.

Pada TGNA pula, janganlah hanya mahu menghormati bulan Syawal....Bulan Ramadhan hari tu pun anak-anak buah Tok Guru langsung tak hiraukan....Bulan-bulan lainpun kena juga hormati, ada 12 bulan kesemuanya...Dari Muharam hinggalah ke Zulhijjah.

Yang ini kalau kita dapat patuhi, maka amanlah sikit politik negara dan berkatlah amalan kita. Jika tidak segala amalan2 kita, termasuklah puasa enam (fadilatnya sama dengan berpuasa sepanjang tahun) dan ibadat di malam lailatul Qadar (bersamaan dengan beribadat 1,000 bulan) laro'/habis begitu sahaja kerana terpaksa diberikan kepada orang-orang yang kita umpat dan keji.....

Itupun masih boleh dikira bernasib baik, bayangkan jika amalan kita kurang...Dosa-dosa sipolan itu pulak yang kita akan tanggung....Baru padan dengan muka kita....Muflis di dunia masih ada maaf kawan, kalau muflis di akhirat sendiri mau ingatlah......Lu fikirlah sendiri....

2 comments:

  1. Sejak bila Nik Aziz pandai bertaubat, setahu kawan dia tidak perlu bertaubat sebab dia tukang penghapus dosa-dosa orang lain...... janji sokong PAS.

    ReplyDelete
  2. jangan diharapkan nik aziz akan bertaubat..

    manusia munafik yang melacurkan agama demi sesuap nasi dan kroni ...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.