19 Oct 2009

Rakyaat Mana Yang Sebenarnya Menyokong "Pakatan Rakyaat" ? Adakah Mereka Pengikut-pengikut Chin Peng? Maaf Chin Peng Bukan Warganegara....

Dipetik dari blog Cucu Tok Selampit, (http://khairulryezal.blogspot.com/) dengan foto-foto yang telah diekstrak dari Facebook Perhubungan UMNO Perak.

Gambar-gambar yang di ambil sekitar pelancaran 1 Malaysia Bersama Rakyat, peringkat Perak di Stadium Ipoh, Perak malam tadi menjadi saksi bahawa sebenarnya "Rakyaat Negeri Perak" berdiri teguh di belakang pemerintahan Umno/BN yang diketuai oleh Dato' Seri Dr Zambry.


Pelancaran 1 Malaysia peringkat negeri Perak yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib, telah dihadiri oleh lebih 70,000 rakyaat yang membanjiri stadium Ipoh, Perak.


Foto 2: D.S. Najib sedang berucap di hadapan puluhan ribu rakyaat yang hadir.



Foto 3: Masih ramai hadirin yang berada di luar stadium, yang telah penuh sesak.



Foto 4: Rakyaat Perak Yang Hadir untuk memberikan sokongan kepada kerajaan Umno/BN.



Foto 5: Lagi gambar rakyaat Perak yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Kerajaan Umno/BN.


Melihatkan kepada sambutan rakyaat yang hadir, penulis tertanya-tanya kepada diri sendiri, "rakyaat" manakah yang dimaksudkan oleh Pakatan Pembangkan bila mana mereka mengatakan "rakyaat Perak" menolak kerajaan pimpinan Umno/BN?
Pandai sungguh mereka ni bermain dengan kata-kata, "ibarat menanam tebu di tepi bibir", "lembut gigi daripada lidah".
Jawapannya telah ada di tangan, kepada semua rakyaat Perak, bangkitlah dan tunjukan jalan keluar untuk "Pakatan Pembangkang". Sekarang adalah masanya untuk bekerja dan tidak perlulah kita berpolitik sepanjang tahun untuk mengayakan "tokey-tokey printing yang membuat poster".
Cukup-cukuplah bermain sentimen & persepsi jahat, rakyaat dan negeri Perak perlukan kemakmuran dan pembangunan jestru itu biarlah kerajaan yang dipilih rakyaat menjalankan tugas mereka demi kebaikan semua pihak.












No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.