6 Oct 2009

Pas Main Tembak Membabi-buta - Inikah Pemimpin Yang Anda Mahukan?

Dipetik dari mStar Online
Ahad Oktober 4, 2009
DUN Bagan Pinang: Gelanggang dibuka, PAS lancar serangan pertama

Foto: Gambar Hiasan - Babi "Kasim Selamat" (Babi Buta) ... :)

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri di bulan Syawal tahun ini terus berganda di Port Dickson dan sekitar pantai Teluk Kemang dengan kerancakan kempen pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.


Sebaik sahaja gelanggang pertandingan dibuka semalam, kawasan pesisir pantai Teluk Kemang dan Bagan Pinang seakan berpesta dan penuh ceria dengan kibaran bendera dan poster parti-parti politik yang bertanding........


Hari pertama berkempen, PAS melepaskan tembakan pertamanya dengan membangkitkan isu 'kelemahan' Mohd Isa semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun. Isu projek terbengkalai di kawasan DUN Linggi iaitu tempat beliau menjadi wakil rakyat pada ketika itu telah dibawa masuk ke Bagan Pinang.


Pendedahan yang dibuat Naib Presiden PAS yang juga pengarah jentera pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Salahuddin Ayub hari ini mengenai beberapa projek terbengkalai seperti pembinaan perhentian bas di kawasan DUN Linggi serta projek naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi merupakan strategi yang digunakan PAS.


Isu berkenaan digunakan untuk menenggelamkan aura dan populariti yang dimiliki Mohd Isa dan cakap-cakap yang mengatakan jika pengundi memilih anak tempatan seperti beliau sebagai wakil rakyat, segala masalah yang dihadapi akan berjaya diselesaikan.


Bagaimanapun Mohd Isa yang terkenal dengan sikap ramahnya hanya tersenyum ketika menyedari serangan 'peluru' pertama daripada PAS adalah berkisar mengenai kredibilitinya sebagai pemimpin yang berpengalaman.........



Mengenai isu projek terbengkalai, Mohd Isa menjelaskan PAS sebenarnya sekadar membangkitkan isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat tanpa mengetahui sebab ia terbengkalai.


"Mereka tahu sebut sahaja, tapi tak tahu apa yang berlaku kerana sebahagian projek yang terbengkalai itu adalah projek swasta," katanya lagi.


Nampaknya pada pertaruhan pusingan pertama ini, Mohd Isa yang menggunakan pendekatan tangkis dan serang sebagai strategi kempennya berjaya menangkis serangan lawan.


Bagi PAS pula, mereka sudah pasti tidak akan berdiam diri dan akan melancarkan serangan demi serangan terhadap BN sehinggalah tempoh pertarungan berakhir.


"Kita ada banyak isu, ada tempoh lapan hari berkempen maknanya kita akan keluarkan lapan isu... sehari satu isu kita akan keluarkan... banyak lagi 'peluru' yang kita ada," kata Pengarah Operasi Jentera pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Dr Zulkifli Ahmad.


Berita penuh sila rujuk link;
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/10/4/mstar_berita/20091004203648&sec=mstar_berita



Komen Isac;

Macam ni pun ada...Main tembak "membabi buta"?. Harap-harap sasaran mereka akan mengena. Salahuddin dan Zul ni kena banyak lagi belajar daripada Mahfuz dan Nasruddin Tantawi dalam menyebarkan "fitnah" dan cara nak membogelkan aib orang...
Inikah contoh pimpinan Ulamak yang diagong-agongkan oleh Pas??? Mengikut sunnah rasul? Mengikut syariat? Serambi Mekah?

1 comment:

  1. Sekarang ni peluru sesat cukup berguna kerana selalu kena kat orang yang sombong bodoh.Golongan ni pulak dah ramai maka makin sombong dan makin bodahlah mereka tu..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.