14 Oct 2009

Masalah Moral Orang Islam - Tanggung-jawab Semua...Pemerintah & Pembangkang Diseru Berganding Bahu!!!!

Dipetik dari mMetro Online
Link;



PUTRAJAYA: Seorang kakak disyaki sanggup bersekongkol dengan dua adik lelaki menjadikan pangsapuri disewanya di sini sebagai ‘syurga seks’ bersama teman masing-masing. Lebih memalukan, si kakak berusia 30-an yang masih berstatus ‘anak dara’ terbabit mengaku sudah melakukan hubungan seks dan tidur bersama pasangannya berusia 50-an sejak lebih sebulan lalu dengan alasan tidak berkemampuan untuk berkahwin bersama lelaki terbabit.



Perbuatan tidak bermoral tiga beradik yang dipercayai dahaga seks itu terbongkar selepas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerima aduan perlakuan seks bebas membabitkan empat wanita termasuk tiga gadis bawah umur bersama lapan lelaki yang berusia 15 hingga 50 tahun di pangsapuri terbabit. Sebelum serbuan dilakukan beberapa hari lalu, pegawai penguat kuasa Jawi yang mengintip rumah terbabit mendapati hanya lampu di ruang tengah bernyala, manakala ketiga-tiga bilik tidur gelap lalu mengetuk pintu rumah itu, kira-kira jam 12 tengah malam.



Komen Isac;


Ini adalah tanggung-jawab semua... "Kerajaan Perpaduan" telah ditolak mentah-mentah oleh TGNA.
Apa kata demi Islam dan demi umatnya, semua pemimpin-pemimpin kita (parti-parti politik) sama-sama bergandingan bahu dan idea di dalam berusaha untuk membenteras gejala yang tidak sihat ini, yang dilihat semakin berleluasa.
Mungkin jika kerja-sama ini dapat digembling, ianya akan menjadi titik-mula untuk agenda umat yang lebih besar.
Penulis percaya, perkara ini tidak akan selesai jika kita cuma menyerahkannya kepada pihak yang berwajib sahaja. Semua orang ada peranan yang perlu dimainkan.
Para ustaz-ustazpun tidak cukup dengan hanya mempersenda-sendakan pihak berwajib dan pelaku-pelaku kesalahan ini di dalam ceramah-ceramah politik mereka dan percayalah dengan berbuat demikian kita semua cuma berkongsi "dosa" dengan pelaku.

3 comments:

  1. Semakin ramai alim dan ulama melibatkan diri dalam politik maka semakin jauhlah rakyat terhadap mereka. Perpecahan dan cubaab membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemerintah telah memakan negara melalui masalah sosial yang menimbun hasil kerja alim ulama di dalam PAS. Sekarang biar mereka yang dipertanggunjawabkan membawa kembali anak-anak muda ke jalan yang betul. Jika mereka sedar!

    ReplyDelete
  2. Inilah betapa moral umat islam semangkin rendah
    dan menunjukkan petanda dunia menuju keakhir
    zaman... Sepatutnya perkara ini tidak berlaku
    pada orang2 yang beragama islam... mintak dijauh
    kan bala bencana pada umat islam di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  3. Setuju. Sepatutnya ulama membantu kerajaan, bukan memerangi kerajaan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.