12 Oct 2009

Lim Guan Eng - "Umar Abd Aziz" Pakatan Ini Kaki Bodek? Hipokrit? Kuat Merasuah?

Foto 1: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng (kiri) selepas majlis pengurniaan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara di sini, hari ini.-Foto THE STAR Oleh:K.E.OOI.







Foto 2: Lagi Gambar LGE Mengambil Kesempatan Untuk Bersalaman Dengan Dato' Seri Naji, Ketika PM Melawat Pulau Pinang Berapa Bulan Yang lalu.

Komen Isac;

Melihat kepada riak wajah dan manisnya senyuman Lim Guan Eng dalam kedua-dua foto di atas jelas menunjukkan betapa gembiranya beliau kerana dapat "berjabat" tangan dengan PM.

Tidak keterlaluan jika saya katakan, melihatkan kepada air muka LGE, mungkin Dato' Seri Najib adalah merupakan idola LGE sejak kecil, tidak pun mungkin berdetik di dalam hati beliau, berangan-angan untuk menggantikan Dato' Seri Najib pada suatu masa nanti.

Hairan bukan, ketika berkempen dan di ketika lainnya LGE dan pemimpin-pemimpin pakatan begitu berapi-rapi menghentam dan menyerang batang tubuh Dato' Seri Najib secara tidak henti-henti dari kes komisyen pembelian kapal selam, tangkap basah dengan Ziana Zain, pembunuhan Alantunya, pakatan menjatuhkan kerajaan campuran pakatan di Perak, pembelian eurocopter, kematian mendiang Teoh Beng Hock dan lain-lain lagi. Lepas satu kes ke satu kes yang ditimbulkan. Semuanya tanpa bukti yang nyata...

Tidakkah rakyaat tertanya-tanya? Adakah semua tuduhan tersebut benar-benar berasas? Ataupun semua tuduhan tersebut hanyalah suatu tipu-helah politik? Tuan Guru Nik Aziz sendiri pernah berkata bahawa politik itu penuh dengan "tipu-muslihat". Apakah beliau maksudkan fitnah dan menelanjangkan aib lawan juga diterima Islam?

Adakah LGE sebenarnya hanya berpura-pura menyambut DSN dengan senyuman? Hanya lakonan seorang yang hipokrit? Bertujuan untuk membodek DSN untuk mendapatkan "budget besar" bagi membangunankan Pulau Pinang? Beliau berangan-angan akan mendapat durian runtuh seperti apa yang pernah berjaya dikecapi oleh Nik Aziz di Kelantan? Di mana kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan besar bernilai RM 7.6 Billion untuk pembangunan Kelantan dalam RMK 9? Membodek juga boleh dikategorikan sebagai rasuah...Agar nanti bila dapat banyak wang peruntukkan dari kerajaan pusat bolehlah dia mengaku bahawa segala pembangunan tersebut adalah hasil usaha beliau? Macam yang dilakukan oleh TGNA?

Semoga rakyaat Malaysia dapat melihat apa yang sebenarnya tersirat dan motif pakatan pembangkang. Saranan saya agar pihak kerajaan jangan segan-segan atau ada rasa belas untuk menyaman sesiapa sahaja yang melemparkan fitnah terhadap kerajaan demi kebaikan rakyaat dan kemakmuran negara.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.