22 Oct 2009

Hujah Patologi Thai, 80% Kemungkinan Mendiang Teoh diBunuh, Adalah Keterlaluan?

Dipetik dari mStar Online
Rabu Oktober 21, 2009
80 peratus kemungkinan homisid dalam kes Teoh, kata ahli patologi



SHAH ALAM: Seorang ahli patologi terkenal Thai Dr Porntip Rojanasunan memberitahu mahkamah koroner di sini hari ini bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri dalam kes kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.



Ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, wanita itu berkata Teoh mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) Selangor.



Beliau berkata kecederaan ke atas Teoh termasuk tusukan di bahagian dubur, kesan melelas di paha dan lebam cekek di leher, dan ini tidak sejajar dengan keadaan jatuh dari tempat tinggi.



Pakar berusia 54 tahun itu, yang diminta oleh kerajaan Selangor untuk memberi keterangan mengenai sebab kematian Teoh, berkata hasil siasatannya berdasarkan laporan autopsi Dr Khairul Azman dan Dr Prashant Naresh Samberkar serta gambar-gambar post-mortem yang dibekalkan kepadanya.







Komen Isac;



Besar nya.....peratusan yang diberikan (80%) oleh pakar patalogi Thai, Dr Porntip Rojanasunan bahawa kematian mendiang Teoh lebih menjurus kepada kes pembunuhan/homosid.


Walaupun kebanyakkan blog-blog pro Umno/BN memandang sinis terhadap kenyataan pakar patalogi ini, penulis merasakan mungkin ada benarnya pada sesetengah hujah yang diutarakan. Cuma penulis kurang senang dengan peratusan yang diberikan oleh beliau iaitu 80% kemungkinan beliau mati akibat homosid/dibunuh. Berdasarkan apa? Peratusan tersebut dikeluarkan? Ini bukannya masalah matematik yang boleh diselesaikan dengan aritmatik/nombor...


Hujahnya bahawa ada kemungkinan mendiang Teoh dibunuh, dilihat oleh penulis sebagai "berasas". Ini jika berdasarkan kepada kajian dan ilmu patalogi, bahawa mereka yang membunuh diri dengan "terjun" daripada bangunan tinggi akan berusaha untuk menyelamatkan diri (jika mereka terjun dalam keadaan sedar). Jestru itu pasti ada kesan kecederaan (cuba menyelamatkan diri) yang jelas kepada tubuh mangsa tersebut, jika dia terjun dalam keadaan sedar.


Tetapi menurut pakar patologi ini, dalam kes mendiang Teoh, kesan kecederan yang diperolehi lebih menunjukkan bahawa mangsa seolah-olah tidak sedarkan diri ketika jatuh, kerana tiada kesan cuba menyelamatkan diri pada tubuh mangsa. Jestru itu hujah ini akan menjuruskan kepada adanya kemungkinan perbuatan khianat telah berlaku.


Walaupun demikian penulis percaya pakar patologi ini pastinya tidak boleh membuktikan bahawa kesan retakkan pada kepala mangsa, adalah kesan akibat hentakkan oleh "pihak yang bertanggung-jawab" "membunuh" mangsa dan dilakukan sebelum mangsa "terjun". Ini adalah kerana mustahil dapat dibuktikan bahawa kecederaan tersabut telah berlaku sebelum mangsa "terjun" kerana selang masa yang begitu hampir.


Penulis juga percaya pakar tersebut juga pasti tidak akan berupaya untuk menafikan akan adanya kemungkinan bahawa kesan kecederaan (retak) di kepala mangsa disebabkan kepala mangsa terhantuk semasa masa hendak keluar/"terjun' dari tingkap pejabat SPRM. Jadi, kita juga boleh mengandaikan bahawa mangsa sebenarnya terhantuk dan tidak sedarkan diri ketika beliau "terjatuh".


Bagi kesan cekikan pula penulis agak sangsi, mengapa ahli patologi yang lain tidak menjumpainya. Adakah ianya diada-adakan?


Penulis juga percaya bahawa kesan tusukan pada dubur mangsa adalah kesan tombol tingkap yang dijumpai berdekatan dengan mayat mangsa.


Kita juga tidak boleh menafikan, kemungkinan akan adanya berlaku perbuatan khianat terhadap mangsa. Tetapi bukanlah menjuruskan kesalahan/tuduhan terhadap SPRM semata-mata...Juga agak sukar untuk memberikan suatu peratusan.


Bagaimana pula dengan motif kehadiran dua (2) lelaki cina yang dikesan daripada kamera litar tertutup ke bangunan SPRM sejurus sebelum mangsa dijumpai mati?


Pastinya dalam mana-mana mahkamah, jika adanya kewujudan keraguan-keraguan sebegini, tertuduh akan didapati sebagai "tidak bersalah". Masih ingatkah lagi dengan kes pembunuhan model sambilan, sedikit masa dahulu? Pertuduhan ke atas tertuduh telah digugurkan kerana peguambela telah dapat menghadirkan bukti/saksi akan adanya "orang ketiga" iaitu lelaki yang badannya berbau serta berbulu berdekatan tempat kejadian.









3 comments:

  1. Ya betul banyak logik dan banyak juga keraguan.

    ReplyDelete
  2. Salam, inilah cara geng-geng mafia pakatan rakyat hendak meletakkan kesalahan kepada kerajaan UMNO-BN, mereka telah lama memperbesar-besarkan isu ini untuk menyemaikan rasa benci kaum Cina kepada UMNO..... mudah sajakan......

    ReplyDelete
  3. Memang betul le telahan 'Mona Fendey' tu. 80% dibunuh. Pembunuhnya adalah Ronnie Liu. Apsal mamat ni menyemak je kat Inkues tu walhal yang mati tu bukan anak buah dia.

    Dr patalogi tu diangkut daripada rumah urut thai Bandar Puteri Puchong ke Ronnie..?

    hehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.