7 Oct 2009

Adakah Nyawa Polis Tiada Harga? Mati Katak? Warga Taraf Paria?


Fenomena ini telah hampir menjadi lumrah di Malaysia lebih-lebih lagi apabila pakatan pembangkang dilihat semakin kuat.

Jika anggota polis yang tercedera maupun terkorban tiada siapa yang endah.....Sebaliknya jika penjenayah-penjenayah maupun suspek-suspek yang mempunyai jenayah silam mati, di dalam tahanan, maka berduyun-duyunlah ahli-ahli NGO, apalagi pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang yang berlumba-lumba untuk menjadi jagoh.

Terus sahaja mereka menunding jari dan menuduh pasukan polis bertanggung-jawab, tanpa memikirkan implikasi dan kesannya jika institusi polis hilang maruah dan intergritinya. Ini semua hanyalah semata-mata kerana dendam kesumat dan niat jahat yang cuba untuk menginjak-injak maruah pasukan polis agar nanti, jika ada di antara mereka yang ditangkap, yang bersalah adalah pihak polis. Ianya akan dikatakan suatu lagi "konspirasi Umno/BN".

Pasang lilin, berarak mengiringi kereta jenazah "penjenayah", membayar RM 20,000 (dari wang kerajaan negeri) untuk pengkebumian saksi yang juga terlibat di dalam penyelewangan wang pembangunan untuk rakyaat, adakah ianya wajar?

Mengapakah minda orang-orang Melayu yang kini telah semakin ramai berpendidikan tinggi (berkat usaha Umno/BN) begitu mudah diperbodohkan? Nampak sahaja orang pakai serban, nampak zuhud, bercakap pasal agama semua pakat-pakat ikut....

Jangan kerana mereka pandai berpidato, cakap berapi-api dan menjanjikan Syurga/Neraka maka kita terus percaya dan tanpa usul periksa menyokong apa sahaja yang dikatakan mereka.

Adakah Nabi s.a.w yang merupakan penghulu segala nabi serta rasul Allah s.w.t itu pernah mencaci-maki, mengata dan memfitnah orang?

Tidak bukan? Jestru itu atas alasan apa "Ulamak-ulamak" dari parti-parti tertentu ini boleh sewenang-wenang mencaci, memaki, mengata dan memfitnah lawan politik mereka? Menyerang dan menginjak-injak maruah pasukan polis, SPRM, mahkamah, pendakwaraya, SPR, tentera dan penjawat-penjawat awam yang lain?



3 comments:

  1. sbb 2 kawe dok jd polissss......

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni kaum Cina dah mula naik tocang tengok orang Melayu@Islam bergaduh sama sendiri. Keling pula berdiri atas pagar, nak lihat apa yang berlaku seterusnya. Lepas tu gerenti kaum ni berpihak pada yang menang.
    Wahai kaum Melayu buka mata buka minda. Jangan dah terantuk baru terngadah. Lupakan fahaman politik anda. Pastikan perjuangan utama umat Melayu.

    ReplyDelete
  3. Tulah, kita bangsa Melayu khususnya dan umat Islam amnya sedang diperkotak katikkan oleh orang kafir ini, nak tunggu jer kita berbunuhan sesama sendiri.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.