2 Sept 2009

Usaha Tangga Kejayaan- Selepas 2 Kali Gagal & Ditangkap Pihak Berkuasa, "Spiderman" Perancis Akhirnya Berjaya Menawan Puncak KLCC Petronas Twin Tower.





Pendaki dari Perancis, Alain Robert yang juga dikenali sebagai "Spiderman" berdiri di puncak mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur selepas mendaki salah satu daripada menara setinggi 452 meter itu hari ini.--fotoREUTERS



WARGA Perancis, Alain Robert (Spiderman) berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas KLCC setelah tiga kali mencubanya sejak 1997. Beliau mula memanjat pada jam 6 pagi dan tiba di puncak pada jam 7.40 pagi tanpa di sedari
orang ramai dan pengawal keselamatan, hari ini. - Foto Rosdan Wahid.


Selasa September 1, 2009
Spiderman Perancis ditahan polis selepas berjaya daki Menara Berkembar Petronas.
Dipetik dari mStar Online dan Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Pendaki daripada Perancis, Alain Robert atau lebih dikenali sebagai “Spiderman” telah ditahan polis hari ini selepas beliau berjaya mendaki Menara Berkembar Petronas setinggi 88-tingkat sehingga ke punca antena.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, SAC I Abdul Samah Ahmad berkata, Alain ditahan atas dakwaan menceroboh. Ini adalah percubaan kali ketiga Alain untuk mendaki Menara Berkembar Petronas yang suatu ketika dahulu pernah menjadi menara tertinggi di dunia.

Menurut laporan awal agensi berita asing, Alain berjaya membolosi kawalan ketat pihak sekuriti menara tersebut pada awal Subuh dan berjaya mendaki menara kedua. Spiderman yang berusia 47 tahun itu telah berjaya mendaki 70 menara tinggi di seluruh dunia hanya menggunakan tangan dan kakinya tanpa bantuan peralatan mendaki. Antara menara popular yang pernah beliau daki ialah Empire State Building, the Sears Tower and Taipei 101.

Alain mempunyai laman webnya sendiri dan sering menghebahkan kepada dunia mengenai kejayaannya menerusi laman web tersebut. Sementara itu, SAC I Abdul Samah berkata, polis telah menahan Alain untuk disoal siasat dan memeriksa kesahihan dokumen perjalanannya.

“Masalahnya ialah dia memanjat bangunan tanpa memperolehi permit daripada pihak pengurusan bangunan dan itu adalah satu perbuatan jenayah,” kata Abdul Samah. Alain yang memakai baju berwarna gelap meraikan kejayaannya dengan berdiri di atas antena yang terdapat pada menara berkembar itu sambil mengangkat tangan menandakan kejayaannya.

Orang-ramai yang menyaksikan aksinya itu berkata, Alain mengambil masa kurang daripada dua jam untuk menamatkan pendakiannya sebelum memasang Jalur Gemilang pada antena tersebut.

Alain pertama kali mencuba untuk memanjat Menara Berkembar Petronas itu pada 20 Mac 1997 dan kemudian mencubanya sekali lagi pada 2007.

WARGA Perancis, Alain Robert yang digelar Spiderman dibawa anggota polis selepas berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas (KLCC) tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan dan tidak mendapat kebenaran. - Foto Rosdan Wahid.
Komen Isac
Apapun syabas Isac ucapkan kepada "spiderman" Perancis di atas kejayaannya. Walaupun bagi kebanyakkan dari kita usahanya hanyalah mengundang bahaya dan sia-sia, tetapi semangatnya wajar dicontohi dan dijadikan dijadikan teladan. Sikapnya yang tidak mudah mengalah dan fokus untuk mencapai cita-cita akhirnya membuahkan hasil.
Itulah semangat "warga" negara maju dan negara bekas "penakluk" itu, tiada perkataan putus asa di dalam kamus hidupnya. 70 buah bangunan pencakar langit antara yang tertinggi di dunia telah ditaklukinya.
Daripada menjadi "doktor" sendiri (waliyazubillah...) ataupun mat rempit yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri dan penguna-penguna lain di jalanraya mungkin aksi dan kecekalan spiderman ini boleh dicontohi. Selain dapat menempa nama Isac pasti akan ada syarikat-syarikat besar yang mahu menaja beliau.
Umno patut mengambil semangat yang ditunjukkan beliau dan digunakan didalam PRK yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.