24 Sept 2009

Dari Mimbar Aidil Fitri - Ukwah Perlu Diusahakan


Penulis menunaikan solat sunat Aidil Fitri pada hari raya yang lepas di negeri Kelantan Darul Naim.
Dalam khutbah yang disampaikan, (teks dari Jabatan Agama Islam negeri Kelantan - JAIK) khatib juga telah menyeru agar umat Islam bersatu. Teks khutbah Aidil Fitri itu juga cuba menyedarkan umat Islam di Malaysia agar ketepikan fahaman politik yang sempit, kenali siapa musuh-musuh kita yang sebenarnya dan bersama-sama menghadapi mereka.

Jemaah juga diseru agar belajar dari sejarah dan tautkan kembali persaudaraan sesama Islam kerana sesungguhnya Islam adalah agama yang menyeru kepada penyatuan dan hanya dengan bersatu sahajalah kita (umat Islam) mempunyai peluang untuk mempertahankan diri dari musuh-musuh Islam. Menyeru kepada ukhwah kebangsaan, ukhwah sesama Islam, ukhwah sesama manusia......

Itu antara petikan khutbah....

Apa yang tersirat disebalik teks khutbah Aidil Fitri itu bagi penulis, ialah pegawai-pegawai agama di JAIK sendiri telah sedar betapa "perpecahan" yang sedang melanda umat Islam di negara ini hanya merugikan kita semua. Mudah-mudahan mesej yang cuba disampaikan ini dapat menyedarkan sebahagian penyokong-penyokong fanatik Pas di Kelantan.

Apa gunanya kita dilihat berkuasa dan memerintah jika akhirnya kita menggadai masa depan generasi muda dan kelak anak bangsa terasing di bumi yang menjadi warisan pusaka nenek moyang kita sementara Islam diinjak-injak dek kebodohan kita sendiri....


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.