17 Aug 2009

Opera Cina dan Auta "Keling" DAP/PR - SPRM Tetap Akan Siasat!!!!















Dipetik daripada Harian Metro Online


PUTRAJAYA: “Kami tidak akan berhenti,” tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ketika mengulas kenyataan Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdull bahawa SPRM akan menghentikan siasatan serta- merta terhadap semua kes membabitkan ahli politik. Ahmad Said berkata, pihaknya tidak akan tunduk pada mana-mana pihak dan tetap menjalankan siasatan terhadap mana-mana ahli politik Kami tidak akan sesekali berhenti daripada menjalankan siasatan termasuk terhadap kes rasuah membabitkan ahli politik.


Siasatan akan diteruskan, kami tidak akan berhenti... kalau berhenti, habislah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Jumaat lalu, SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor.


Dalam kekecohan jam 10 pagi itu, Wong yang cedera di kaki mendakwa dia ditolak kakitangan SPRM. Sementara, kelmarin, Shukri dilaporkan berkata SPRM akan menghentikan siasatan kes terhadap ahli politik berikutan suruhanjaya berkenaan banyak menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan. Sambil meluahkan kekecewaan, Shukri berkata bersedia kehilangan jawatan sekiranya tindakan yang diambil itu menyalahi peraturan sedia ada.

Ahmad Said berkata, pihak pembangkang terutama DAP suka mengada-adakan cerita apabila membabitkan siasatan terhadap mereka. “DAP memang banyak ‘main wayang’. Pembangkang sejak dari dulu memang tidak pernah hendak beri kerjasama, tetapi itu semua tidak bermakna kita akan berhenti daripada meneruskan siasatan.

“Mereka (pembangkang) bercakap seolah-olah kita tidak menjalankan siasatan terhadap orang Umno...mengarut,” katanya. Mengenai kenyataan Shukri, Ahmad Said berkata, kenyataan itu lebih kepada pendapat peribadi beliau. “Beliau (Shukri) ada memberitahu saya mengenai perkara itu, tetapi itu lebih kepada apa yang beliau bayangkan. “Perkara itu dimaklumkan kepada saya dan beliau meluahkan apa yang dirasai, lebih-lebih lagi selepas 25 tahun berkhidmat,” katanya.


Komen Isac;



Syabas Datuk Seri Ahmad (KP SPRM), pantang pahlawan Melayu menyerah kalah!!!!! Lawan tetap lawan, amanah yang dipikul mesti dilaksanakan. Jangan mudah tunduk dek tekanan. Dulu pembangkang selalu mengatakan bahawa agensi-agensi penguatkuasan Kerajaan gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik, lembab, pendakwaan berpilih, hanya tangkap "ikan bilis" dan lain-lain. Mengapa apabila dikalangan pembangkang yang disiasat, mereka main wayang? SPRM pula yang dipersalahkan?



Jika suspek yang cuba melarikan diri mengapa pula SPRM yang dipersalahkan? Adakah ianya adil kepada SPRM? Adakah mereka yang disyaki dan hendak ditangkap ini (sekutu Parti Keadilan Rakyaat) maka dia adalah "kebal" umpama "Sultan" ? Adakah kerana dia disokong oleh Parti Keadilan Rakyaat (PKR) maka semua yang dia buat adalah "adil" kerana Parti Keadilan Rakyaat lah satu-satunya parti dan entiti yang adil di Malaysia?



Jestru persetan lah dengan semua agensi-agensi penguatkuasaan seperti, polis, SPRM, Pendakwaraya, Mahkamah, polis forensik dan lain-lain. Keadilan hanyalah hak PKR dan kuncu-kuncu mereka!!! Maka semua agensi-agensi ini boleh dibogelkan, dimalukan dan dijatuhkan kreadibiliti mereka supaya apabila yang ditangkap adalah ahli-ahli PKR dan sekutu-sekutunya maka yang bersalah adalah Kerajaan Umno/BN.


Ingatlah keadilan bukan terletak pada nama....


Inilah wajah-wajah sebenar pembangkang di Malaysia ini. Mereka lebih gemar bermain sandiwara. Ada opera cina dan ada yang menggunakan teknik "auta keling", maklumlah pemimpin tertinggi mereka ada yang "darah keturunan keling" (DKK).


Kita bukan benci orang yang berketurunan India atau cina, tetapi yang kita benci adalah orang yang suka bermain sandiwara dan mengunakan teknik "auta keling" untuk menipu rakyaat Malaysia.


Kalau di Amerika Syarikat, pihak yang kalah akan bergandingan bahu untuk sama-sama membangunkan negara, tetapi fenomena ini tidak berlaku di Malaysia. Pihak pembangkang hanya suka mengkucar-kacirkan negara dengan harapan, kerajaan yang ada akan dipersalahkan dan mereka akan dapat merebut tampuk pemerintahaan negara dalam PRU yang akan datang.


Tidakkah ini merupakan tingkah-laku seorang pengkhianat negara? Wahai rakyaat Malaysia, bukalah mata dan minda anda, pengkhianat perlu bertaubat atau dinyahkan dari negara ini!!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.