26 Aug 2009

Manipulasi Bukti ? Kenali Tangan-Tangan Gelap "Sebenar" Di Sebalik Kematian Mendiang Teoh?



Selasa Ogos 25, 2009
Surat misteri: Inkues tegang Gobind desak dijadikan bahan bukti
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock tegang apabila peguam pihak keluarga mendiang, Gobind Singh Deo meminta surat layang yang dibangkitkan di mahkamah supaya ditandakan sebagai bahan bukti.


Permintaan Gobind tersebut dibantah oleh peguam pihak kerajaan, Tan Hock Chuan dan peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.


Abdul Razak berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan surat layang seumpama itu diterima sebagai eksibit dan menegaskan supaya mahkamah tidak terpengaruh dengan sesuatu perkara yang tidak diakui ketulenannya.


"Saya mohon surat tersebut ditarik balik... mahkamah tidak perlu layan surat-surat layang seumpama itu," kata Abdul Razak.


Bagaimanapun Gobind tidak berpuas hati dengan kenyataan Abdul Razak itu dan berkata: "Sebelum bercakap mesti fikir dua kali, ini bukan soal main-main... tarik balik, tarik balik, tarik balik."


Koroner Azmil Muntapha Abas seterusnya mencelah dan memaklumkan bahawa surat tersebut masih belum ditanda sebagai eksibit dan beliau akan mempertimbangkan dahulu sama ada ia relevan ataupun tidak dengan inkues ini.


Tan bagaimanapun mencadangkan supaya supaya surat tersebut hanya disimpan sebagai rekod dalam fail mahkamah.


Rabu lalu, Gobind membuat permohonan kepada mahkamah supaya siasatan lanjut dijalankan pihak polis berhubung kandungan surat layang yang diterimanya di bangunan mahkamah di sini lewat petang 17 Ogos lalu.


Surat tersebut antara lain kononnya mendakwa terdapat konspirasi di antara pegawai tinggi SPRM Selangor dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor untuk menjatuhkan kerajaan negeri sekarang dengan menjalankan pelbagai siasatan ke atas pemimpin-pemimpin negeri sehingga membawa kepada kematian Teoh.


Sebelum itu, pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang semalam, Tan memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada bukti untuk menyokong lima tohmahan yang terkandung dalam surat layang tersebut mengenai pembabitan SPRM berhubung kematian Teoh.






Selasa Ogos 25, 2009
Inkues Teoh: Mendiang kelihatan gelisah, tidak tenang semasa di SPRM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Mendiang Teoh Beng Hock berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang sewaktu beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin merampas komputer riba dan CPU miliknya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada 15 Julai lalu.

Pegawai Penyiasat SPRM, Mohd Anuar Ismail berkata mendiang juga dilihat mundar-mandir dalam keadaan gelisah sewaktu berada di ruang pentadbiran pejabat SPRM apabila beliau tiba di pejabat tersebut untuk dirakam keterangan sekitar pukul 6 petang hari yang sama.

"Malah sepanjang perjalanan saya dimaklumkan Teoh sentiasa memegang telefon dan beberapa kali menghubungi seseorang dan bercakap dalam bahasa Cina (Mandarin)," kata Mohd Anuar dan menjelaskan Teoh memandu keretanya sendiri ke pejabat SPRM di Plaza Masalam dengan diiringi dua orang pegawai SPRM.

Berita penuh sila lihat link:
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/25/mstar_berita/20090825170916&sec=mstar_berita






Komen Isac;



Ini merupakan sambungan kepada posting semalam. Selidiki dan kenali siapakah yang sebenarnya sedang cuba mencampuri dan mengemudi keputusan Inkues Teoh. Mengapa bukti yang jelas cuba dibantah sebaliknya surat layang mahu dijadikan bukti.
Inikah pemimpin-pemimpin "bersih" yang rakyaat Malaysia mahukan?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.