25 Aug 2009

Dun Permatang Pasir - Rakyaat Tolak Calon BN Yang Rendah "Akhlak", Terima Pemimpin "Rendah" Akhlak Pas?


CALON PAS, Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong-penyokongnya selepas diumumkan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institit Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebentar tadi.--fotoTHE STAR oleh Mustafa Ahmad.


Dipetik dari mStar Online
Selasa Ogos 25, 2009
PAS kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir, majoriti 4,551
Majoriti calon PAS jatuh 852 undi
Oleh G. MANIMARAN


BUKIT MERTAJAM: PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dengan majoriti 4,551 undi di sebalik penurunan jumlah pemilih yang keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, PAS diwakili Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man manakala Barisan Nasional (BN) pula Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Salleh memperoleh 9,618 undi, sekali gus berjaya dalam percubaan kali keenam bertanding pilihan raya.

Komen Isac;
Tahniah untuk calon Pas yang akhirnya berjaya juga mendapat gelaran "YB" setelah beberapa kali gagal. Antara sebab beliau berjaya kali ini ialah penduduk setempat masih menolak BN dan serangan parti pembangkang terhadap peribadi Saudara Rohaizat "begitu berjaya".
Kalau dulu sebelum pilihanraya umum ke 12, BN boleh berbangga kerana hampir setiap calon yang mereka calonkan akan memenangi pilihanraya mereka dengan mudah. Tetapi kini selera rakyaat Malaysia telah berubah... di sesetengah kawasan senarionya telah terbalik, rakyaat di kawasan tersebut dilihat lebih berselera untuk mengalahkan calon BN gara-gara perspektif yang dimainkan oleh parti pembangkang.
Letaklah calon mana sekalipun yang "terlibat" dengan "kongsi gelap", "songlap" duit parti, "songlap" duit peruntukan wakil rakyaat maupun "kacau" isteri orang mereka tetap akan dipilih rakyaat. Rakyaat tetap memilih "mereka" kerana parti yang mereka wakili telah "diwarnakan" dengan begitu indah sekali.
Pemikiran rakyat di akar-umbi masih kuat berpaksikan kepada persepsi-persepsi yang disemai oleh Pakatan Pembangkan.
Fenomena ini bahaya menurut penulis kerana sesetengah "rakyaat" kini seperti tidak boleh berfikir dan menilai sendiri keadaan politik negara, tetapi lebih bersandarkan kepada fitnah dan strategi menelanjangkan aib calon lawan oleh parti pembangkang.
Adakah selepas ini PRK-PRK yang akan datang akan lebih menggalakkan strategi-strategi fitnah dan menelanjangkan aib lawan politik yang lebih menggila? Kerana penggunaanya di Permatang Pasir telah terbukti membuahkan hasil untuk Pas? Sama-samalah kita saksikan.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.