19 Jul 2009

'Saya tidak politikkan kematian Teoh', Anwar. Tapi Sengaja Suka2 Tuduh Umno/BN Bertanggung-jawab.




Sabtu Julai 18, 2009
Dipetik dari Mstar Online


PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock, yang dipercayai terjatuh dari Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Anwar berkata, beliau sebaliknya hanya menunaikan tanggungjawab beliau kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut Teoh.

"(Isu) orang dah mati pun kita tak boleh bangkitkan. Dia mati di bawah badan pengawasan dan ini adalah salah di mana-mana negara besar pun. "Sebab itu saya jumpa pegawai SPRM, kenapa nak politikkan pula?" katanya dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Mayat Teoh ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan itu, kira-kira pukul 1.30 tengah hari kelmarin.
Rabu lalu Teoh memberi keterangan di SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali Umno. "Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan Umno dan Barisan Nasional," katanya.


Komen Isac;

Inilah wajah sebenar DSAI, dia sememangnya pakar memputar-belitkan sesuatu fakta. Apapun yang beliau lakukan adalah "halal" dan "betul". Orang lain semuanya "memusuhi" beliau, berniat jahat, konsperasi, tidak telus dan bermacam-macam lagi sifat yang jahat, ada kepada musuh-musuh beliau.

Pembangkang di Malaysia termasuk DSAI, memang gemar menjadi pendakwaraya, juri dan hakim sekaligus untuk sesuatu isu yang dilihat akan memberikan kepentingan kepada diri mereka maupun kroni-kroni mereka. Secara terang-terangan DSAI telah menuduh bahawa Umno/BN sebagai orang yang bertanggung-jawab mengarahkan pembunuhan mendiang Teoh. Saya ingin mencadangkan kepada wartawan yang melaporkan berita ini jika beliau mempunyai bukti rakaman DSAI menyatakan tuduhannya itu, serahkanlah kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan dan dapat mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat.

Sebaliknya jika terbukti tuduhan beliau adalah palsu dan tidak berasas maka samanlah DSAI kerana membuat tuduhan palsu dan berniat jahat. Contohi kerajaan Singapura yang menyaman pembangkang-pembangkang mereka berjuta-juta Dollar Singapura sehingga kebanyakkan dari mereka muflis dan hilang kelayakan bertanding di dalam pilihanraya. Jika dia sengaja melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak bertanggung-jawab sememangnyalah beliau tidak layak untuk menjadi pemimpin.

Secara logiknya mana mungkin saksi kes seperti mendiang Teoh hendak dibunuh oleh pihak SPRM. Pertama, beliau bukannya orang yang dituduh sebaliknya beliau berkemungkinan akan menjadi saksi pendakwaraya. Kedua, SPRM bukannya bertindak seperti "pembunuh upahan". Bukankah lebih lojik jika pembunuh/pengarah pembunuhan sebenar adalah di kalangan orang-orang Pakatan Rakyaat sendiri kerana mereka lah yang sebenarnya mempunyai motif membunuh mendiang iaitu untuk "menutup mulut". Apa faedahnya SPRM membunuh saksi kes, di dalam kawasannya sendiri ? Tentu tidak logik bukan ? Tetapi jika ini kerja orang PR, ada nampak lojiknya kerana bertujuan "menutup mulut" sambil "mengkambing hitamkan SPRM".

Kepada PR usahlah kematian/kehilangan ini dipolitikkan lagi...Rakyaat telah semakin sedar "kelakuan" dan niat jahat anda....Biarlah pihak polis menjalankan siasatan tanpa tekanan dari mana-mana pihak.


1 comment:

  1. salam bro...pale hangguk die x politik kan..yg die mcm org gile meroyan kt depan bagunan masalam tu wat pe..siap bawk konco2 lagi...mcm siot..

    anakmelayu30.blogsspot.com

    support bro...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.