2 Jul 2009

Polis buru 3 siswa API di UM - Perlukah Budaya Samseng Di Malaysia Diteruskan?
























Dipetik Dari Malaysiakini.com

Abdul Rahim Sabri Jul 2, 09 3:17pm
Link; http://www.malaysiakini.com/news/107686

Polis terus menjejaki tiga lagi pelajar Universiti Malaya (UM) untuk membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cuba membakar dewan apabila mereka menyambung pengajian mulai minggu depan."Kita tunggu sehingga mereka masuk UM, mereka mesti masuk (untuk) mendaftar (bagi semester baru)," kata pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam.Kelas pengajian akan dimulakan 6 Julai ini.
Ketiga-tiga pelajar tersebut dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian menconteng, antaranya "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dewan Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.Selain contengan, polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian itu.Difahamkan, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - ketiga-tiganya pelajar API.
Shazni Munir belajar di tahun akhir, sementara dua lagi akan memasuki tahun kedua pengajian.Dihubungi Malaysiakini hari ini, pegawai polis Brickfields itu menasihatkan ketiga-tiga mereka menyerah diri dan bekerjasama dengan polis bagi memudahkan siasatan kes tersebut.Selasa lalu, dua pelajar akademi Islam, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.
Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan semalam selepas ikat jamin RM5,000. Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Komen Penulis;

Perlukah budaya samseng sebegini diterapkan di Malaysia? Siapakah yang meracuni fikiran pelajar2 ini hingga berkelakuan sedemikian? Mengapa mereka perlu bertindak demikian? Atas alasan apa? Untuk kepentingan siapa? Adakah ini yang dikatakan kebebasan bersuara yang kita mahukan?
Tidak cukupkah budaya samseng yang telah kita semua miliki? Samseng Jalanraya? Samseng politik? Samseng baring2 dan guling2 atas jalan, samseng mat rempit, Samseng kampung? :) dan lain2 samseng....Sehingga mahasiswa2 kita juga kini sudah nak tunjuk samseng?
Mahasiswa adalah pemimpin masa depan negara...Tetapi inikah bakal pemimpin2 yang kita inginkan? Apa faedah yang akan diperolehi oleh rakyaat apabila pelajar2 ini menconteng dinding2 dewan dengan perkataan2 menghasut, memfitnah dan menghina ini yang belum tentu kesahihannya?
Pelajar2 ini mungkin terikut2 dek semangat yang ditiupkan oleh pemimpin2 mereka...Mereka juga mungkin tidak sedar akan akibat dari perbuatan mereka ini akan merencatkan masa depan mereka sendiri. Mereka mungkin dibuang Universiti, didenda dan mungkin juga dipenjarakan.
Jika ini berlaku maka sudah tentu mereka akan menyalahkan kerajaan dan selamanya akan menentang kerajaan. Sebenarnya mereka bukan sahaja berdosa kepada diri mereka sendiri tetapi juga kepada keluarga dan kepada negara kerana telah mempersia2kan peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Pernah atau tidak mereka ini terfikir berapa ramai pula orang yang kecewa kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti kerana peluang tersebut telah berjaya mereka perolehi?
Mungkin akan ada di antara mereka ini nanti yang akan menjerumuskan diri di dalam bidang kewartawanan dan menyertai akhbar2 pembangkang untuk melampiaskan dendam kesumat mereka kepada kerajaan.
Walaupun ini semua adalah salah mereka sendiri....Tetapi dah namanya manusia, salah sendiri pun mereka akan tetap menyalahkan orang lain...
Saya menyeru semua parti2 politik supaya janganlah memainkan sesuatu isu itu sehingga melampau2 hingga mengakibatkan api kebencian yang membuak2 dan tidak dapat dibendung seperti sekarang. Ingatlah bahawa kita semua adalah bangsa Malaysia dan untuk berjaya kita semua mesti bersatu.












1 comment:

  1. Itulah yang diperturunkan oleh Anwar serta Tok-Tok Guru kepada anak-anak muda Melayu kita di Malaysia.......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.