31 Jul 2009

Dakwaan ‘kongsi gelap’ dalam kerajaan Selangor makin bergema…-Pakatan Rakyaat Perlu Menjawab Dakwaan Ini!!!!!


Dipetik dari Agenda Daily.



Jika tidak kerana kematian misteri Teoh Beng Hock,mungkin isu dakwaan yang mengaitkan ‘orang dalam’ pentabiran negeri Selangor dengan kongsi gelap kini menguasai pentas. Makanya hingga sekarang gema dakwaan Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju,Wee Choo Keong adanya pejabat Exco Kerajaan Negeri dijadikan tempat pertemuan orang yang ada kaitan dengan perniagaan ‘bawah tanah’ masih belum terjawab. Wee yang sudahpun memberi keterangan kepada polis mengenai dakwaan itu tetap tidak berganjak sekalipun Exco Kerajaan Negeri DAP Ronnie Liu melenting minta beliau namakan siapa yang dimaksudkanya itu. Itu kisah pembangkang vs pembangkang lanjutan dari desakan Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Azmin Ali agar jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dirombak. Apakah ini semua ada kaitan dengan dakwaan terbaru Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap kerajaan negeri Selangor.


Bekas Menteri Besar Selangor Rabu membangkitkan dakwaan serius yang perlu dijawab oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Hal seperti ini tidak pernah terdengar semasa Selangor di bawah pentabiran Barisan Nasional dulu. Dr Khir mendakwa kebanyakan kegiatan mencuri pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap. Lebih membimbangkan dakwanya kumpulan tersebut yang aktif membantu memenangkan orang politik yang dimaksudkannya itu pada pilihan raya lepas di negeri itu Kini sebagai habuan beliau mendakwa mereka diberikan akses untuk meneruskan kegiatan haram tersebut tanpa sekatan.


Untuk menguatkan dakwaanya Dr Khir berkata, ketika beliau menjadi Menteri Besar, hanya 700 lesen premis perjudian, siber kafe dan spa diluluskan tetapi mengikut perangkaan Majlis Keselamatan Negara, Selangor kini dianggarkan mempunyai lebih 4,000 premis seumpama itu yang beroperasi secara haram. "Kalau melihat muka depan surat khabar hari ini, mungkin ada hubungan antara politician (ahli politik) dengan gerakan underworld (bawah tanah)...," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan sebagai mengulas tajuk muka depan Utusan Malaysia "Kongsi gelap taja YB (Yang Berhormat) selepas melancarkan Kad E-Amal U-Pay oleh Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) di Kuala Lumpur. Beliau turut mendakwa operasi rumah urut atau spa kini bukan sahaja tertumpu di kawasan pusat bandar malah di luar bandar. "Bukan di Puchong saja, malah di Sabak Bernam pun tumbuh, di Sungai Besar hari ini pun dah ada tiga pusat urut besar.


Saya tak tahulah kalau orang di Sungai Besar tu selalu sakit lutut. Sekincan pun dah tumbuh," katanya. Ini semua akan mendatangkan masalah sosial yang besar dan beliau mahu tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa. Dr Khir turut mempersoalkan mengapa hasil jualan pasir negeri Selangor hanya menyaksikan kemasukan RM4 juta sedangkan kerajaan pimpinannya dulu mensasarkan pendapatan RM200 juta setahun. Menurutnya, beliau bangkitkan semua ini hanya untuk menegur dan membaiki kelemahan kerajaan negeri dan bukan kerana cemburu. Selain itu,beliau juga berpendapat bahawa Selangor akan bankrap sekiranya usaha menarik pelabur di negeri itu terus gagal. Katanya, kerajaan negeri Selangor hanya mampu menarik kurang dari RM4 bilion pelaburan pada tahun lepas sedangkan semasa beliau menjadi Menteri Besar kerajaan negeri dapat menarik pelaburan RM11.8 bilion.


Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bercakap mengenai hal ini semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet bagi kementeriannya meminta pihak polis menjalankan siasatan rapi keatas dakwaan ini. Menurutnya jika dakwaan ini dibiarkan tergantung, ia bukan sahaja akan mencemarkan wakil rakyat tertentu malah turut akan mencemarkan kedudukan Dewan Rakyat, Dewan Negara dan DUN. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin pula dipetik oleh Bernama sebagai berkata mana-mana pihak yang mempunyai bukti dan maklumat penglibatan individu atau kumpulan yang dikatakan mendalangi "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan haram seperti perjudian, spa dan pelacuran, diminta tampil memberikan maklumat dan bukti-bukti tersebut. Katanya maklumat itu diperlukan polis bagi menjalankan siasatan terperinci setiap dakwaan yang dikemukakan itu.


"Kita tidak boleh menyiasat jika ia hanya cakap-cakap kosong tanpa memberikan maklumat dan bukti yang kukuh. Mereka harus tampil membuat laporan agar kita siasat perkara itu," katanya. Mohd Bakri berkata polis sentiasa membuat pemantauan dan mengadakan operasi di premis-premis yang menjalankan perniagaan haram seperti pelacuran dan judi namun maklumat-maklumat baru diperlukan terutama bagi mengenalpasti lokasi-lokasi baru kegiatan tersebut. "Polis sentiasa memerlukan maklumat orang ramai dan daripada maklumat itu kita akan jalankan siasatan sebaik mungkin bagi mengenalpasti kumpulan-kumpulan yang terbabit yang mendalangi mana-mana kegiatan haram itu," katanya.-29/7/2009



Komen Isac;


Jika dahulu Pakatan Rakyaat selalu melemparkan tuduhan-tuduhan kepada kerajaan Umno/BN, kini kerajaan Pakatan Rakyaat Negeri Selangor memerlukan banyak masa untuk menjawab tududuhan/pertanyaan oleh bekas Menteri Besar selangor ini.


Rakyaat sedang menunggu, Tan Sri Khalid, apa komen anda?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.