4 Jul 2009

4 Kampus Bela Siswa Kes 'Puaka' UM - Atas Semangat Setiakawan Atau Atas Semangat Kesamsengan ? (Sambungan Kepada Posting 2hb Julai 2009)


Dipetik Dari Malaysiakini.
Link; http://www.malaysiakini.com/news/107743

Abdul Rahim Sabri Jul 3, 09 12:27pm

Kemaskini 7.15pm Kumpulan pelajar Islam di empat universiti awam utama di Lembah Kelang sepakat melancarkan kutipan derma untuk membantu dua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menconteng, cubaan membakar dan menceroboh dewan.

Selain Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) yang akan mengutip dana mulai minggu depan apabila semester baru dibuka, kempen itu turut disertai PMI Universiti Putra Malaysia (UPM), Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kelab Maaruf Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Kumpulan pelajar Islam UKM dan UPM akan mengutip derma minggu depan, manakala di UIA kempen tersebut bermula kelmarin, sehari selepas dua pelajar Akademi Pengajian Islam (API) UM dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.Naib Presiden PMIUM Mohd Aizat Mohd Salleh berkata, pihaknya akan memulakan kutipan derma itu dari kalangan ahlinya bagi membantu membiayai kos guaman kedua-dua pelajar terbabit.

"PMIUM mempunyai kira-kira 1,000 orang ahli," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Mohd Aizat, yang juga exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), berkata kutipan derma itu dijangka diperluaskan kepada semua pelajar univerisiti tersebut yang bersimpati.Bagaimanapun, katanya, pihaknya belum membincangkan kaedah dan pelaksanaan kutipan tersebut.Menurut Presiden PMIUPM Safwan Abdul Ghani, kutipan derma tersebut akan dimulakan dengan kira-kira 150 ahlinya sebelum diperluaskan kepada pelajar seluruh fakulti dan kolej kediaman.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Presiden ISIUKM Mohd Idris Mohd Yussoff berkata kutipan tersebut dimulakan di kalangan kira-kira 800 ahlinya.Mohd Idris, pelajar Fakulti Pengajian Islam, tidak menolak kemungkinan untuk menyertai perhimpunan membantah sekiranya kedua-dua mahasiswa "dizalimi". Selain sokongan dana, kata Presiden Kelab Maaruf UIA Faridzul Nasaruddin, pihaknya akan membantu menyebarkan maklumat kepada pelajar UIA berhubung kes tersebut.

ISIUKM dan Kelab Maaruf bagaimanapun belum memutuskan untuk mengutip derma ke seluruh universiti masing-masing.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - kedua-duanya pelajar API - dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Kedua-duanya juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara.Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.Mereka didakwa menconteng dinding dewan tersebut, selain menyimbah petrol di permaidani dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.Kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Komen Isac;

Semangat setiakawan, tolong-menolong dan bantu-membantu memang tersangat baik. Semua umat Islam adalah bersaudara. Memang kita sepatutnya membantu saudaraa kita yang sedang di dalam kesusahan. Tetapi jika saudara kita itu berbuat salah, menjadi penjenayah adakah perlu untuk kita mempertahankan mereka habis2an?

Memang benar setiap pesalah hanya akan didapati bersalah apabila dia telah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Pesalah juga mempunyai hak untuk membela diri. Tapi maafkan saya jika saya katakan inilah dakyah Pembangkan!!!! Jika kena pada batang hidung sendiri itulah dalilnya.

Tetapi jika ia berlaku kepada lawan mereka (Umno maupun Komponen BN) mereka tidak akan segan silu untuk menunding jari dan mengatakan bahawa mereka sememangnya bersalah? Adakah suatu dosa untuk menjadi isteri Perdana Menteri sehingga beliau boleh dituduh sesuka hati, tanpa perlukan saksi, pertuduhan, pendakwaan dan keputusan mahkamah?

Apa kuasa yang kita ada untuk menuduh, mendakwa dan seterusnya memutuskan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor sememangnya bersalah di dalam setiap tohmahan yang dilemparkan kepada beliau? Adakah ini adil

Mengapa pula siswa2 ini yang memandai2 menjadi pendakwaraya, menjadi juri dan menjadi hakim sekaligus, perlu dibela sedemikian rupa? Keadilan jenis apakah ini?

Jestru itu saya menyeru semua parti2 politik supaya janganlah memainkan sesuatu isu itu sehingga melampau2 hingga akan mengakibatkan api kebencian yang membuak2 dan tidak dapat dibendung seperti sekarang. Ingatlah bahawa kita semua adalah bangsa Malaysia dan untuk berjaya kita semua mesti bersatu.

Nota: Keseluruhan Posting Diatas Telah Dipostingkan Di Blog Abang Tuah Pada 3hb Julai 2009.

1 comment:

  1. Pemangkang tahu, anak muda seperti ini memang mudah dipengaruhi untuk kepentingan mereka. Cuba tanya pembangkang, berapa ramai anak Melayu yang dapat kelas pertama dalam peperiksaan akhir semester di IPTA/IPTS........

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.