bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 May 2014

Manchester United Dapat Wira Baru???


PENYERANG Manchester United (MU), James Wilson (kanan) merembat ke gawang Hull City yang cuba dikawal pertahanannya, Alex Bruce (tengah) dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi tadi. Dua gol jaringan Wilson membantu MU menang 3-1. - Foto AF 

May 7, 2014 4:48 am


Pemain muda ini menunjukkan belangnya apabila diberikan peluang setelah skuad senior menunjukkan aksi longlai sepanjang musim 2013/2014. Pemain berusia 18 tahun ini memperlihatkan bahawa kelab yang merupakan juara liga edisi yang lepas ini belum ketandusan bakan baru dan juga belum putus harapan untuk kembali bangkit.

Ryan Giggs pengurus sementara yang bermain buat kali ke 963 untuk United juga tidak mahu kalah apabila menghantar bola untuk membolehkan Van Parsie menjaringkan gol ke 3 untuk pasukan.

Apapun ranjau untuk kembali menjuarai liga Inggeris pada musim hadapan bakal lebih mencabar apabila lebih banyak kelab yang mampu untuk mencabar empat tempat teratas liga dengan kembalinya Liverpool sebagai pasukan yang boleh mencabar gelaran juara liga Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3