bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Feb 2014

Mat Yo Kembali ke Kem Latihan Untuk Perkuatkan Harimau Malaya!!!

Kelana Jaya: Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memutuskan untuk menangguhkan umrah apabila muncul untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Kehadiran penyerang yang turut dikenali sebagai Mat Yo itu pastinya menceriakan pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee kerana memudahkannya membuat persiapan mengharungi aksi persahabatan dengan Filipina di Stadium Selayang, 1 Mac nanti, seterusnya berdepan Yaman pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia, 5 Mac ini.

“Segala masalah Mat Yo sudah selesai dengan cara baik selepas dia menghubungi pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

“Mat Yo mengambil keputusan untuk bersama pasukan dan sanggup menangguh umrah ke satu tarikh lain. Dia menunjukkan reaksi matang dan itu satu pengorbanan besar. Isu Mat Yo menarik diri daripada skuad kebangsaan kini selesai.

Sumber klik sini.


Komen isac;

Semoga skuad Harimau Malaya dapat melangkah lebih jauh!!! Perlu diingat misi ke Piala Asia bukan mustahil kerana pasukan ketiga terbaik kumpulan juga akan layak ke pentas Akhir Piala Asia.

Itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang ahli sukan...

Terpaksa mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri, keluarga dan ibadat...

Di samping mendoakan kemaraan pasukan Harimau Malaya marilah kita juga sama2 berdoa agar Mat Yo dan keluarga dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna dan dipermudahkan... Amin...

1 comment:

  1. sukahati sukahati kau je nak dtg atau tak...cuak le tu ong kim swee mungkin takkan panggil dia lagi selagi ong jurulatih...mmmm

    azhar

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3