bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

19 Nov 2013

Sebab Sebenar Mengapa Hudud Belum Boleh Dikuat-kuasakan di Kelantan?

Bidang kuasa Mahkamah Syariah[sunting | sunting sumber]

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.[1][2] Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.


Perlembagaan Malaysia 1965[sunting | sunting sumber];

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:


  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja.
  2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau.
  3. 6 bulan penjara atau.
  4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)


Perlembagaan Malaysia 1984[sunting | sunting sumber];

Hanya memperuntukkan kuasa Mahkamah Syariah adalah seperti berikut;
  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
  3. 3 tahun penjara atau
  4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
  5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Jestru untuk membolehkan kes hudud seperti balas bunuh, mencuri potong tangan/kaki, minum arak/dadah  80 sebatan, berzina 100 sebatan (bujang) dan tanam separuh badan dan rejam sampai mati (yang telah berkahwin) dan lain2 hukum berkaitan Hudud yang telah digubal oleh Mahkamah Syariah Kelantan dan diluluskan oleh persidangan DUN negeri Kelantan dapat dikuat-kuasakan di Kelantan, ianya perlulah terlebih dahulu mendapat kelulusan, peniktirafan oleh Parlimen Malaysia dan diwartakan. 

Jadi kenyataan Salahuddin semalam (rujuk sini) sebenarnya menunjukkan beliau tidak faham akan duduk perkara sebenar. Ianya ironi kerana bagaimana mungkin seorang pemimpin Parti Islam yang telah lebih 50 tahun mendakwa memperjuangkan Hudud tetapi tidak tahu bagaimana mahu merialisasikan perjuangan mereka.

Jangan sampai orang memperlekeh, mereka sebenarnya tidak bersungguh dan semuanya hanyalah politik retorik semata!!!

Walaupun kuasa Mahkamah Syariah di bawah Eknemen Negeri dan DYMM Sultan adalah merupakan Ketua Agama bagi sesebuah negeri dan DYMM SPB YD Agong sebagai Ketua Agama untuk negeri2 yang tidak mempunyai Sultan bidang kuasa mereka adalah tertaluk kepada kuasa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Untuk itu Perlembagaan Malaysia (Persekutuan) perlulah digubal untuk memberikan kuasa yang lebih kepada Mahkamah Syariah bagi menjalankan hukum Hudud sebagai sebahagian daripada undang2 di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Jika tidak pasti pesalah boleh mencabarnya di Mahkamah Persekutuan.

Jestru untuk merelisasikan Hudud ianya perlulah dibahaskan di Parlimen dan semua MP Melayu/Islam perlulah bersatu  menyokong pindaan Perlembagaan untuk memberikan kuasa menguatkuasakan Hudud oleh Mahkamah Syariah. Undi 2/3 diperlukan untuk meminda perlembagaan.

Pastianya ia akan menjadi titik-permulaan untuk MP Melayu/Islam bersatu??? Mudah-mudahan ianya akan menjadi kenyataan, amin!!!

Sumber klik sini.

1 comment:

  1. Perjuangan Pas sememangnya perlu kearah menukarkan perlembagaan. Walau bagaimanapun mereka yang minum arak patut menggunakan peruntukan sedia ada dulu sebat maksima 6 kali. Berzina sebat. Denda dan jail. Bunuh balas bunuh dah ada dalam undang-undang civil. Mencuri ikut civil. Pakai dulu apa yang ada sampai boleh realisasikan hudud. Ni pejabat agama asyik duk charge syak khalwat dan mukaddimah zina.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3