bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Sept 2013

Anwar TPM Paling Bodoh Atau Cuba Meperbodohkan Rakyaat?


Keterangan DSAI yg mendakwa beliau langsung tidak mengetahui mengenai “Projek IC” sepanjang beliau menjadi Menteri Kabinet.

Ini menunjukkan dakwaan “Projek IC” ialah kekal sebagai dakwaan semata- mata tanpa bukti yang kukuh.

Keterangan DSAI mengenai tidak ada sebarang bukti yang kongkrit berkenaan masalah warga asing di Sabah dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah semasa beliau menjadi Menteri Kabinet ketika menjawab soalan panel RCI mengenai jika beliau sedar akan masalah ini, mengapa beliau tidak mengambil sebarang tindakan.


Beliau juga berulang kali menyebut bahawa beliau tidak dilibatkan dalam sebarang perbincangan mengenai isu-isu KDN dan Majlis Keselamatan Negara meskipun ketika itu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, juga ketika beliau memangku jawatan sebagai Perdana Menteri selama dua bulan.

Sebenarnya ada dibangkitkan isu warga asing di Sabah dari semasa ke semasa oleh pemimpin-pemimpin Sabah melalui beberapa memorandum terperinci (contoh : Dato Sri Wilfred Bumburing).

Kenyataan DSAI yang mengatakan beliau tidak tahu menampakkan sikap beliau yang sambil lewa (ignorance) mengenai isu di Sabah di sebalik peranan beliau sebagai Menteri di Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Perbandingan keterangan Tun Mahathir semasa prosiding lepas dengan keterangan DSAI hari ini.

Tun Mahathir : Tiada “Projek IC” dan setiap pemberian dokumen pengenalan diri mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Walau bagaimanapun, memang ada salah laku dalam isu ini yang mana ia berpunca dari tindakan pegawai pelaksana dalam kerajaan yang tidak berintegriti dan bermotifkan kewangan. Tindakan undang- undang juga telah diambil kepada mereka yang terlibat.

DSAI : Tidak tahu mengenai “Projek IC” tetapi mendakwa ada satu taskforce khas di bawah Majlis Keselamatan Negara yang tidak melibatkan beliau.

Keterangan DSAI ini membuktikan bahawa “Projek IC” itu kekal sebagai andaian dan dakwaan semata-mata, tetapi tiada sebarang bukti kukuh yang mengaitkan kerajaan terlibat. Taskforce khas tersebut juga tidak dapat dibuktikan bertujuan menjalankan “Projek IC” kerana tiada bukti yang dikemukakan DSAI.

Keterangan DSAI mengenai keperluan menubuhkan RCI di Semenanjung kerana beliau mendakwa ada agenda kerajaan membawa ramai rakyat Sabah ke Semenanjung untuk menjadi pengundi BN.

Dakwaan ini sangat serius kepada sensitiviti rakyat Sabah. Jumlah rakyat Sabah yang meningkat di Semenanjung adalah kerana mereka bekerja dan belajar di Semenanjung. Sehubungan dengan itu, ramai juga dari jumlah berkenaan menukar alamat mengundi di Semenanjung dan senario ini adalah normal.

Sumber blog penembaktepat.blogspot.com


Komen Isac;

Mana mungkin seorang TPM "sebijak" Anwar tidak terlibat dengan apa juga keputusan kerajaan?

Malah beliau pernah memangku jawatan PM selama 2 bulan semasa Tun Mahathir pergi bercuti.

Samada dia TPM paling bodoh dlm sejarah negara ataupun sengaja mahu memperbodohkan kita semua!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

  1. Awatlah siTUA tak sedq diri ini masih sibuk BERANGAN mcm. si DUNGU-dgn-muka-MENGGERUNKAN (disyaki suntik BOTOX atau main ILMU HITAM JADIAN, atau mungkin dia punya 'double' - jadi disyaki bila buat maksiat, akan hantaq si 'double' ini utk. pi hadiri ceramah kononnya ), nak jadi PM, dibuai PARTI KENCING RAKYAT (yg. sebenarnya diDALANGI Puak SATANIS Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR, dgn sekutu PAP-Barat-Israelnya), yg. terus MENJAHANAMkan hak umat Islam/Melayu di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita dari sebelum diJAJAH British-Zionis laknat lagi?!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3