bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

7 Jul 2013

Apa yang Berlaku di Mesir Juga Sedang Berlaku di Malaysia??? Ibarat Pak Kaduk, Ayamnya Menang Kampung Tergadai!!!


VETERAN Umno Malaysia yakin terdapat kuasa asing di sebalik penggulingan Presiden Mesir, Mohamed Mursi dengan menggunakan tentera sebagai 'alat'.

Kuasa Barat seperti Amerika Syarikat (AS) selama ini tidak senang dengan Mursi yang datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Mursi dilihat sebagai tokoh Islam yang boleh mengancam kuasa Israel dan bersama Iran, Mesir dilihat berpotensi untuk menjadi kuasa tentera terkuat di rantau Arab.

Keadaan ini juga tidak disenangi oleh setengah negara Arab dan rantau Teluk.

Sementara itu, peranan Ikhwan dalam menjatuhkan rejim Muamar Ghadaffi di Libya, Tunisia dan Algeria dilihat sebagai ancaman kepada negara Teluk yang masih kuat dengan sistem berajanya.

Harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Mesir setelah Hosni Mubarak digulingkan.

Rakyat Mesir yang mimpikan satu negara makmur akhirnya berdepan dengan  masalah.

Industri pelancongan merudum. Harga barang naik melambung. Pengangguran bertambah dan lain-lain lagi.

Mereka yang bangga dengan Arab Spring akhirnya berkesudahan keluar dari mulut harimau masuk ke mulut naga.





Datuk Mustapha Yaakub, 
Setiausaha Veteran Umno Malaysia

. Sumber dan artikel penuh klik sini.


Komen Isac;

Lihat sahaja cara Pakatan Rakyaat yang boleh berbelanja "sakan" sekitar PRK dan PRU, jika bukan kerana mendapat tajaan dana asing?

Lihatlah dimana kedudukan Pas ketika ini. Pas yang ramai di antara kita harapkan akan lebih berjaya memertabatkan Islam berbanding Umno!!!

Lihat sahaja di Pulau Pinang, belum pun PR berjaya menawan Putrajaya, kedudukan pemimpin2 Pas di Pulau pinang hanyalah sebagai pembaca2 doa bila ada keraiyan yang melibatkan program2 kerajaan negeri.

Nak jadi exco kerekaan negeripun mereka tidak layak....

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3