bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

16 May 2013

Negara Perlu Menubuhkan Darul Hudud (Qyisas dan Had)

Jika dalam Pas mempunyai Majlis Syura, Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengambil peranan ini buat parti yang memerintah. Ianya bertujuan untuk menasihati kerajaan dalam isu2 hukum-hakam.

Menegakkan hudud sememangnya wajib, Walaupun kita sudah menjalankan hampir 90% hukum Islam. Takzir berdasarkan qarinah oleh Mahkamah Syariah malah undang2 civil dan pentadbiran Negara yang lain juga sememangnya selari dengan Islam. Undang2 Hudud bukan banyak pun... Malah kebanyakkan daripadanya tidak boleh dilaksanakan atas faktor2 teknikal yang akhirnya akan menjurus kepada perlaksanaan hukuman Takzir. Jadi mengapa takut jika Hudud di masukkan ke dalam undang2 Negara?

Walau bagaimanapun penerangan kepada orang islam dan bukan Islam pastinya sesuatu yang paling sukar.

Tetapi jika kita semua ikhlas di dalam memertabatkan hukum hudud ianya perlulah diusahakan dengan istiqamah. Walaupun ramai yang melabel pemerintahan negara sebagai tidak Islamik kerana tidak menegakkan hukum hudud, ironinya undang2 yang dijalankan oleh Mahkamah Syariah sejak berpuluh tahun yang lalu pun masih tidak difahami dengan baik malah dari segi perlaksanaannya juga tidak dilakukan sepenuhnya. 


Sebagai contoh, hukuman minum arak berdasarkan Takzir ke atas seorang Model di Kuantan sedikit masa dahulupun X dapat dijalankan kerana tiada tukang sebat. Pelik bukan setelah sekian lama hukuman Takzir diwartakan sebagai hukuman Mahkamah Syariah, tetapi kita tiada tukang sebat berdasarkan hukum Syarie.

Penubuhan Darul Quran sememangnya baik dan dialu-alukan, cadangan penulis mungkin telah sampai masanya negara menubuhkan pula sebuah Akademi Hudud. Selain bergerak ke arah pemerwataannya sebagai sebahagian daripada undang2 negara ianya juga berguna untuk membawa rakyaat mendalami dan memahami apa sahaja berkaitan hukum Hudud.

2 comments:

  1. Saya menyokong penuh dan satu artikel yg baik untuk dibaca oleh semua orang tahniah

    ReplyDelete
  2. Masalah besar melaksanakan hudud ialah isu Bukan Islam dan kerakyatan mereka. Orang bukan Islam dalam negara Islam tidak di anggap rakyat tetapi sebagai "golongan yang di lindungi". Mereka juga tertakluk dengan Hudud. Tujuan Hudud ialah untuk menghalang perbuatan-perbuatan yang di kelaskan sebagai kesalahan hudud. Contohnya berzina. Katakan satu pasangan bukan Islam berzina adakah ini di benarkan di bawah Hudud? Adakah satu pasangan bukan Islam berzina di dalam rumah secara tertutup tidak menjadi kesalahan?

    Dari ini satu lagi masalah timbul. Pentadbir Hudud haruslah memberikan Definasi Zina kepada bukan Islam di Malaysia pula. Di zaman Rasulullah takrif zina adalah sama kepada umat Islam dan bukan Islam kerana keturunan dan budaya yang hampir zama (Yahudi/Nasrani dan Arab). Di Malaysia ini kita ada berbagai kepercayaan Hindu Buddha dan berbagai agama budaya, adat dan animisme.? Bagaimana kalau di kalangan orang Cina misalnya melakukan hubungan jenis setelah mendaftarkan perkahwinan mereka tetapi belum melakukan upacara perkahwinan mereka menurut adat mereka (adat minum teh dan menyembah nenek moyang) Adakah ini di anggap zina di bawah hudud?

    Jangan lupa tujuan asal hudud bab Zina ialah untuk menghalang zina dan di kalangan bukan Islam jika mereka tidak bersetuju dengan Hudud mereka haruslah keluar (tidak lagi di lindungi).

    Mereka juga tiada apa-apa suara di dalam membuat keputusan pentadbiran negara.

    Di Malaysia ini bukan Islam adalah rakyat dan mereka juga ada suara di dalam pentadbiran negara melalui sistem pilihanraya kita yang memilih para pentadbir. Contoh Adun bukan Islam yang di beri undi oleh rakyat ada suara untuk mencalonkan Menteri Besar kepada Sultan/Pemerintah. Mereka juga akan bersidang di dewan undangan negeri untuk meluluskan apa-apa undang-undang termasuklah apa-apa undang-undang berkenaan Hudud. Mereka juga akan membahaskan belanjawan termasuklah apa-apa belanjawan berkenaan pelaksanaan Hudud. Dengan kata lain orang bukan Islam dalam sistem sekarang turut serta secara aktif dalam perlaksanaan hudud.

    Saya tidak fikir di zaman Rasulullah dan di zaman Khalifah yang 4 orang bukan Islam ada suara dalam pentadbiran Hudud. Ada suara bermaknanya mereka boleh membantah. Misalnya membantah kenaikan gaji pemotong tangan. Samada bantahan tersebut terkubur sebab undi untuk meluluskan belanjawan ini terletak di majoriti orang Islam itu cerita lain. Yang pentingnya mereka BOLEH membantah kerana mereka ada hak berbuat demikian di bawah sistem yang sedia ada kereja mereka ialah rakyat dan undang-undang ini juga meliputi mereka.

    Jika mereka hanya setakat orang yang di lindungi maka mereka TIADA apa-apa cara untuk membantah.

    Kesimpulannya sanggupkah kita membuat gerakan melucutan kerakyatan LIM GUAN ENG kepada taraf orang yang di lindungi sahaja (Zimmi)? SEBAB itulah Hudud hampir-hampir mustahil di laksanakan di dalam sistem kita sekarang sebab isu kerakyatan ini. Salah satu ara ialah kembali kepada sistem Kesultanan MUTLAK (absolute Monarchy). Tiada lagi undi-undi tiada lagi pilihanraya. Para Sultan mungkin boleh menubuhkan sebuah persekutuan Kesultanan seperti UAE.



    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3