bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

20 Mar 2013

Nik Aziz Dimasukkan Ke Hospital???

Published by on March 20, 2013 


Antarapos – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu ‘sakit perut’.

Malah, beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu.

“Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan berikutan umurnya yang sudah mencecah 82 tahun.

Walaupun banyak pihak meminta Nik Aziz supaya berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, beliau tetap tidak mengendahkan permintaan tersebut.

Nik Aziz sebaliknya dalam kenyataannya sebelum ini berkeras akan terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana berpendapat ahli-ahli PAS masih memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya.

5 comments:

  1. kena sihir la tu....heheheee...kesian bala :)

    ReplyDelete
  2. doa lagi najib pecah perut haaaa kan terbalik kat diri sendiri. sb tu allah pesan, doa yg baik2 hatta utk musuh sekalipun. sekalipun musuh doalah agar musuh terbuka hati utk berubah. ni pi doa pecah perut. nak pulak saudara seislam. kalau zionis tu lain la.

    ReplyDelete
  3. Berkat doa pecah perut...

    ReplyDelete
  4. Tak payah lagi jadi MB. Baik berehat main dengan anak cucu. Jangan jadi manusia tamak.

    ReplyDelete
  5. Mesti UMNO yang buat dia sakit perut.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3