KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Yaman Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana'a, Dr Mahathir berkunjung ke Yaman pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas perdana menteri Yaman, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yaman tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai 'Keajaiban Malaysia'.

"Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yaman," katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

"Dr Mahathir memaklumkan kepada Perdana Menteri Yaman bahawa beliau bangga dipelawa menjadi penasihat ekonomi khas negara itu," katanya.

Mohamed Salem dilantik menjadi Perdana Menteri pada 11 Disember 2011 dan beliau kini menerajui usaha perdamaian nasional Yaman.

Dr Mahathir turut mengunjungi Presiden Yaman Abdu Rabu Mansur Hadi. - Bernama


Komen Isac;

Oh silap ya... Bukan penasihat RM 1 Selangor yang mahu disunting  oleh negara Yaman  sebaliknya otai kita, Tun Mahathir Muhammad.

Apalah yang boleh dibuat oleh penasihat RM 1, ye tak???