bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

5 May 2012

Bersih 3.0 - Gangguan Telefon dan Internet Oleh Mossad???


Penulis terjumpa komen peserta2 BERSIH 3.0,  yang mendakwa pihak polis telah menggunakan "phone jammer" untuk menghalang perhubungan telekomunikasi di antara peserta2, pemimpin2 BERSIH 3.0 dan pemimpin2 Pakatan.

Yang peliknya bagaimana ianya boleh diletakkan di kawasan yang didakwa padat dengan peserta BERSIH 3.0 tanpa mereka sendiri sedari??? 


Mereka dakwa Pakatan Pembangkang dianggotai oleh mereka yang bijak-pandai. Majoriti graduan bahkan ramai yang memiliki Ijazah Sarjana dan Phd.

Penulis pula beranggapan sebaliknya. Tidakkah mungkin peralatan tersebut sebenarnya telah dibekalkan oleh MOSSAD kepada BERSIH 3.0 untuk mengganggu sistem telekomunikasi pihak berkuasa dan juga agar segala maklumat dan dakyah yang mereka sebarkan seperti di bawah ini akan gagal dipastikan kebenarannya??? Satu lagi bentuk propaganda.


Umum juga telah mengetahui bahawa Ambiga pernah mengaku bahawa BERSIH mendapat sokongan kewangan daripada NGO yang berpengkalan di Amerika dan dikaitkan dengan gerakkan Yahudi. Jadi ianya tidak mustahil bukan???


3 comments:

  1. SETAN-SETAN PR AKAN BERKUMPUL DI PLAZA ANGSANA, JOHOR PETANG INI....

    Johor: Himpunan TANAH 5 Mei Di Angsana

    GABUNGAN Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada NGO dan Parti Politik telah bergabung tenaga untuk menganjurkan satu Himpunan Tanah Rakyat pada sabtu 5-5-2012 jam 2 petang di plaza Angsana, Johor Bahru.

    Jangkaan kehadiran adalah 30 ribu orang yang akan memberikan sokongan khususnya daripada Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Pimpinan utama NGO dan Pakatan Rakyat seperti Sastrawan Negara Dato A Samad Said, Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Y.A.B Lim Guang Eng akan turut bersama dalam himpunan ini.

    Tujuan utama Himpunan Tanah Rakyat ini adalah untuk mendesak pihak kerajaan-kerajaan negeri sebagai pihak bertanggungjawab terhadap tanah dan pihak kerajaan persekutuan yang mengubal Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965 menyelesaikan masalah-masalah tanah yang telah membebankan rakyat selama ini. Pihak kerajaan negeri perlu merangkan satu mekanisma dan plan bertindak untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.

    Johor dijadikan tempat himpunan ini kerana terdapat terlalu banyak isu berkaitan tanah berada di Negeri Johor. Bermula daripada isu pengambilan tanah Gelang Patah untuk tujuan pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas, terlepasnya Pulau Batu Putih kepada Singapura, penguasaan Singapura terhadap Pulau Pisang, Pontian, penjualan tanah Keretapi Tanah Melayu(KTM) kepada Singapura tanpa kerelaan rakyat Johor, pengambilan tanah Pengerang untuk tujuan projek petrokimia, pejualan tanah strategik negeri Johor oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor(KPRJ) kepada Dato Lim Kang Hoo, pengusiran peneroka bandar di Kempas tanpa pampasan, penindasan terhadap peneroka Felda Cahaya Baru, tuduhan penipuan Menteri Besar Johor terhadap bekas penduduk SEDC, Tampoi, ancaman pengusiran peneroka bandar di Skudai Kiri, projek terbengkalai Taman Perumahan Taman Desa Kempas atas tanah kerajaan negeri, manipulasi tanah diperingkat daerah dan banyak lagi. Isu ini telah melibatkan puluhan ribu rakyat yang telah, sedang dan akan ditindas oleh pihak-pihak tertentu.

    Terdapat sepuluh tuntutan tanah rakyat untuk desakan khususnya kepada pihak Kerajaan Negeri Johor :

    1. Ketelusan Pengurniaan Tanah.
    2. Rampas Tanah Penyeleweng.
    3. Hentikan Pengurniaan Tanah KPRJ/Kroni.
    4. Selamatkan Tanah Rizab Melayu.
    5. Wartakan Tanah Rizab Orang Asal.
    6. Keadilan Pampasan Tanah.
    7. Kurangkan Birokrasi Tanah.
    8. Hentikan Manipulasi Tanah.
    9. Pemilik Tanah Miliki Ekuiti Projek Mega.
    10. Selesaikan Projek Rumah Terbengkalai.

    Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Bin Aliman akan membuat aktiviti mobilisasi bagi membangkitkan kesedaran kepada rakyat untuk sama-sama turun dalam himpunan ini. Antaranya adalah seperti :

    1. Perlancaran Himpunan Tanah Rakyat di Plaza Angsana pada rabu 25hb April 2012 jam 12.30 tengahari.
    2. Road-show seluruh Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
    3. Penyerahan Memorandum di pejabat-pejabat Tanah Daerah
    4. Sokongan terhadap Himpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012 di Kuala Lumpur.
    5. Konvoi Himpunan Tanah Rakyat

    Seluruh Rakyat Malaysia yang bersimpati dengan rakyat yang tertindas khususnya di Johor dijemput hadir beramai-ramai ke himpunan ini.

    Yang Benar,

    SUHAIZAN BIN KAIAT
    Setiausaha
    Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
    019-7285174

    ReplyDelete
  2. SALAMUNALAIKUM KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA SAYANGILAH DIRI KITA.BERKASIH SAYANGLAH SESAMA KITA BERBUDI BAHASA BERSOPAN SANTUN & MEMBINA AHKLAK YANG MULIA...BUKANKAH ITU TUNTUTAN YANG MAHA PENCIPTA KEPADA SETIAP HAMBANYA...?!!! PERLUKAH SENTIASA KITA NAK BERTELAGAH SESAMA SENDIRI... APA YANG KAMU SEMUA HARAPKAN DI AKHIR NANTI... KEAMANAN KEBAHAGIAN ATAU KAHANCURAN & KEZALIMAN! FIKIR-FIKIRKANLAH.... PILIHLAH YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA & ANAK CUCU KITA... TIADA YANG ABADI DI DUNIA INI... AKHIRAT KEKAL SELAMA-LAMNYA... INSYAALLAH... MOHON AMPUN & MAAF SAYA SEKIRANYA ADA KATA2 YG MENYINGGUNG PERASAAN MANA2 PIHAK... JADI YANG TERBAIK UNTUK DUNIA JUGA AKHIRAT... INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  3. Dia org ni kalau ditembak mampus sekor2 bagus jugak,menyusahkan org lain je.mcmlah tak leh hidup selama ini,biar negara jadi mcm indon baru puas agaknya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3