bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Apr 2012

Update Dari Dataran Merdeka - Sokongan Terhadap Ketua LGBT dan Gerakan Murtadkan Melayu???

Bersih 3.0: Dataran dikawal ketat, jalan di KL mula ditutup
Wartawan Sinar Harian
28 April 2012
Keadaan di Dataran Merdeka tengah malam tadi.
Keadaan di Dataran Merdeka tengah malam tadi.
 
[TERKINI 9.30 PAGI] KUALA LUMPUR - Ibu negara menyambut pagi Sabtu dengan tenang meskipun Dataran Merdeka, yang menjadi tumpuan ekoran rancangan perhimpunan Bersih 3.0 yang hendak diadakan petang ini, dikawal ketat oleh polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tinjauan Sinar Harian Online mendapati sekitar 1,000 anggota polis ditempatkan di kawasan Dataran Merdeka.

Sejumlah orang ramai, yang dipercayai mereka yang hendak menyertai perhimpunan itu turut kelihatan berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka telah diisytiharkan sebagai kawasan tidak boleh dimasuki oleh penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai, mulai tengah malam tadi sehingga 1 Mei ini.

Sementara Dataran Merdeka dan ibu negara pada amnya menjadi tumpuan, 'perang' berbalas mesej menerusi laman-laman sosial termasuk Twitter juga menjadi fokus sejak malam tadi.

Pemimpin-pemimpin politik dari segenap lapisan masyarakat menghantar mesej Twitter untuk memberi gambaran mengenai keadaan semasa di ibu negara. Turut berkongsi mesej Twitter ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkembangan semasa:
9.30 pagi: Peserta Bersih 3.0 bersorak apabila pasukan Polis Diraja Malaysia melalui jalan di stesen LRT Masjid Jamek. Mereka bersorak dan menunjukkan tanda gembira dengan kehadiran polis.

9.30 pagi: Peserta mula membanjiri perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dengan memakai baju yang tertulis 'Bersih 3.0, Duduk Bantah', SAMM, kain yang diikat di tangan dan kepala.

9.30 pagi: Lebih 20 anggota polis bantuan dilihat berada di dalam stesen LRT Masjid Jamek untuk mengawal keadaan.

9.30 pagi: Warga emas dari Kedah semangat datang ke perhimpunan Bersih 3.0 sejak Jumaat lalu dan tidak tidur sehingga hari perhimpunan. Mereka tidur di Masjid Jamek bagi memberi sokongan.

9.30 pagi: Lebih kurang 500 peserta masih duduk di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek sebelum menyertai perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

9.15 pagi: Seramai lebih 100 anggota polis 'standby' di hadapan Sogo. Kelihatan beberapa buah bas menghantar polis ke lokasi.

9.20: Penyokong Bersih terus membanjiri kawasan Masjid Negara, jumlah meningkat kepada kira-kira 1,000 orang. Sepasukan 30 orang unit amal turut kelihatan.

9.10 pagi: Penyokong Bersih cuba menghampiri Dataran Merdeka dan berkumpul berhampiran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sambit menjerit "Bersih" dan "Reformasi".

9.08 pagi: Kira-kira 300 penyokong Bersih 3.0 sudah membanjiri pekarangan Masjid Negara.

9.05 pagi: Kebanyakan penyokong Bersih, pada masa sekarang, kelihatan kalangan remaja.

9 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Kompleks Sogo ditutup kepada kenderaan. Polis mula membuat benteng.

8.41 pagi: Menurut mesej Twittter empat bas PDRM sudah mula bergerak ke Stesen Masjid Jamek.

8.40 pagi: Stesen LRT Masjis Jamek terdapat penyokong Bersih dan anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan.

7.40pm: Kira-kira dua ribu pegawai polis telah berada di dalam Dataran Merdeka.

6.30 pagi - ratusan polis (mungkin hampir seribu) mula masuk dataran.

6.15 pagi - kira-kira 60 pegawai polis mula berkumpul di jalan depan Bangunan DBKL. Dua bas polis dan tiga trak polis membawa ratusan pegawai tiba di sekitar dataran

5.15 hingga 6.15 pagi - Tiada banyak perkara berlaku. Hanya polis yang sekali sekala memantau kawasan menaiki motosikal dan kereta. Laungan azan Subuh dan bunyi jam menandakan masuk jam 6 pagi, memecah kesunyian.

5.15 pagi - jeritan reformasi kedengaran, datang daripada sekumpulan kecil penyokong.

5 pagi: Tidak lebih 200 penyokong Bersih telah berada di sekitar Dataran, berhampiran bangunan DBKL. Kebanyakan mereka sedang tidur di kaki lima.
Puluhan pegawai polis berada di dalam kawasan dataran yang telah ditutup.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3