bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

11 Feb 2012

Cadangan Daim Bagus Tapi Dah Terlambat 4 Tahun??? Support Duit Ajelah Tun!!!


Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mahu sistem IT seperti Facebook, Twitter, SMS dan lain-lain kemudahan teknologi dipergunakan sepenuhnya dengan fakta bagi lawan dan menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Menurutnya, 57 peratus rakyat yang terdiri dari golongan muda telah menggunakan internet dan telefon bimbit untuk menerima maklumat dan pihak kerajaan perlu cepat menjawab segala persoalan serta isu yang timbul.
Artikel penuh klik sini.

Sebenarnya jika Unit Media BN (UMB) ditubuhkan sebaik tamat PRU11 pada 2004 mungkin Tsunami 2008 tidak berlaku. Sudah pasti "Cyber Trooper" pembangkang seperti Mahazalim dan yang seangkatan dengannya tidak akan bermaharajalela memfitnah dan membuat tohmahan terhadap Umno/BN.

Untuk pengetahuan Tun Daim, sebaik Tsunami politik yang melanda negara pada 2008, pencinta-pencinta perlembagaan negara yang bersimpati dengan Umno/BN telah memasuki perang cyber samada secara perseorangan, ataupun bernaung di bawah "Blog Pembela Negara", AIDC dan MyKMU.net untuk mendokong perjuangan Umno iaitu memperjuangkan "Agama, Bangsa dan Negara". Pada ketika itu tidak ramai yang mahu melayari blog-blog ini kerana majoriti rakyaat pengemar blog/internet  masih dibuai tohmahan pembangkang yang memfitnah dan melontar tohmahan terhadap Umno/BN, jestru kami para "cyber tropper" yang mempertahankan mereka, dilabel sebagai "pencacai kurap".

Apa pun masa telah berubah, melihatkan perjuangan "cyber trooper sukarela" ini telah semakin menampakkan hasil, beberapa pemimpin-pemimpin Umno yang celik IT telah menubuhkan "cyber trooper BN" di bawah UMB. Mereka ini selain berblog juga aktif dalam "twitter" dan sebagai "facebookers". Perkembangan ini begitu positif buat Umno/BN dan pengujudan "cyber troopers" berbayar atau separa bayar ini menyemarakkan lagi pertempuran di alam cyber.

Mungkin Tun Daim sibuk berniaga jestru beliau kurang mengambil tahu perkembangan politik muktahir negara. Tak mengapa... Setiap individu boleh menyumbang dengan cara masing-masing. Biarlah kami berjuang di alam cyber, apapun mungkin "Billionaire" macam Tun dapat menyumbang wang ringgit supaya strategi dan perjuangan kami boleh diterus dan dipertingkatkan.

Rasanya belum terlambat jika Tun hendak menaja "operasi cyber troopers" ataupun menyumbang "gadget" yang diperlukan seperti laptop berkapasiti tinggi dengan bateri tahan lama (10 jam), HP Black Berry, Samsung Galaksi ataupun setidak-tidaknya duit sewa broadban dan streamyx..








No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3