bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

12 Feb 2012

Belang "DAP" Semakin Nyata??? "Wartawan = Pelacur"


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm


Foto: Hanyalah Hiasan.

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) — Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabelkan wartawan sebagai “pelacur”. Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.

Beliau berkata kenyataan Hew telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan online.

"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam,” katanya.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.

Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.

"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.

"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Kok Wai kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.

"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu,” katanya. — BERNAMA

Komen Isac;

NUJ baru kenal mereka ke??? Bangsa "kiasu" memang macam tu...





No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3