bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

22 Dec 2011

Selepas Berpuluh Tahun Perjuangkan Parti - Ustaz Nasha dan Dr Hasan, Dilabel Sebagai Pensabotaj Parti???

Harakahdaily   
KUALALUMPUR, 22 Dis: PAS hari ini memutuskan untuk memanggil bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit mutakhir ini yang dilihat membazir masa parti.

“Penjelasan ini mesti dilakukan, supaya parti tidak lagi perlu membazir masa melayan pertikaian yang timbul akibat kecil hati terhadap sesuatu kesilapan yang kecil, ego berlebihan dan keengganan sesetengah pihak menerima keputusan parti dan jamaah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Melihat situasi pilihanraya umum yang semakin hampir, PAS kata Tuan Ibrahim tidak akan bertolak ansur dalam sebarang sabotaj sama ada dari dalam mahupun luar yang mengganggu persiapan akhir parti.

“Semua ahli mesti memainkan peranan sebagai team player untuk memastikan jamaah bergerak dalam keadaan baik dan harmoni.

Seluruh tumpuan kerja mesti difokus kepada persiapan akhir ini daripada melayan karenah-karenah segelintir pemimpin yang ada berbeza pandangan terhadap dasar parti yang dijamin arahnya oleh Majlis Syura,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu dipercayai membalas kenyataan Hasan yang mempertikai dasar-dasar parti yang diputuskan muktamar dan Majlis Syura.



Komen Isac;

Mereka dilabel sebegitu hanya gara-gara mempertahankan akidah umat Islam yang dikristiankan...

Hanya kerana cuba untuk mempertahankan sebab utama Pas ditubuhkan, iaitu bagi mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Bukankah Nik Aziz dan Haji Hadi yang sepatutnya dilihat sebagai "petualang" sebenar yang telah menukar dasar perjuangan penubuhan parti demi memenuhi untuk mencapai cita-cita politik mereka???

1 comment:

  1. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata...sesiapa pun tidak layak dan berhak mengkritik ataupun mempertikaikan Dasar Negara Berkabajikan PAS kerana ia di buat oleh Ijtimak melalui muktamarnya yang lalu, apa yang di putuskan oleh Ijtimak adalah sah dan halal....mungin Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan terlu nak kata, sesiapa ayang mempertikaikan keputusan ijtimak akan murtad...ini bermakna keputusan Ijtimak setaraf dengan AlQuran.....hebat juga PAS ni...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3