bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

27 Oct 2011

Terimakasih Kepada Semua, Namewee Kini Bergelar "Jutawan"???

25 Okt - Walaupun dilanda banyak kontroversi sejak mula produksi sehinggalah selepas ia ditayangkan di pawagam, ia tidak sedikit pun menghalang filem "Nasi Lemak 2.0" hasil karya pengarah kontroversi Namewee melakukan kejutan dengan meraih kutipan sebanyak RM7 juta.

Namewee ketika ditemui di Geographer, Puchong sempena majlis meraikan kejayaan "Nasi Lemak 2.0" semalam memberitahu, "Sememangnya saya menaruh harapan yang cukup tinggi terhadap filem ini. Namun saya tidak menyangkakan ianya akan mendapat sambutan baik seperti ini di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya berasa gembira kerana ia bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan bangsa asing turut menghayati filem yang dihasilkan untuk rakyat Malaysia," ujar Namewee lagi.

Berita penuh klik sini.

 
Komen Isac
 
Sebagaimana yang penulis pernah katakan cerita Nasi Lemak 2.0 memang agak menarik terutamanya dari aspek sinematografinya.
 
Walaupun hanya dirakam menggunakan kamera DSLR tetapi hasilnya memang mengkagumkan.
 
Melihatkan kepada sedutannya di Utube, kelihatan agak menarik cuma pastinya ramai yang akan terkilan mengapa gadis-gadis Melayu ditampilkan menari sambil berkemban di dalam filem tersebut.
 
Yang jelas, Namewee telah mendapat faedah daripada kontroversi demi kontroversi yang beliau timbulkan sebelum ini di mana beliau telah berjaya menarik khalayak untuk menonton filemnya di panggung-panggung.
 
Harapan penulis agar kejayaan filemnya ini tidak akan menjadikannya "lebih besar kepala".


3 comments:

  1. dah dpt 7 juta dari cerita murahan cam tu pun nak bising bila filem kena tarik dari panggung (lebih dari masa wajib tayang)? dasar tamak haloba!

    ReplyDelete
  2. alah biar le,yg menonton pun mesti dah penjilat DAP dgn puak makan babi je...org normal x dak yg menonton cerita ni ...percaya lah...

    ReplyDelete
  3. yang melayu pun ramai yang tak sedar diri pegi tengok. yang berlakun tu jangan cerita la. masyuuuukkk..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3