bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Oct 2011

Digelar Kurang Ajar Kerana Menyanggah Titah DYMM Sultan - Aziz Bari Perli Tun Mahathir???

Ada suatu yang Aziz Bari "terlepas pandang" ataupun sengaja mahu "menegakkan benang yang basah"...

Pada tahun 1993 Tun bukannya menentang titah DYMM Raja-raja Melayu, Tun cuma mencadangkan agar kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan agar undang-undang dilihat lebih adil dan saksama.

Satu lagi yang diubah adalah sesuatu keputusan yang telah dipersetujui dan diputuskan dalam dewan rakyaat dan dewan negara akan dikira dipersetujui oleh DYMM SPBYD Agong selepas 14 hari ianya dikemukakan kepada baginda.

Kedua-dua perkara tersebut dilbuat demi untuk kepentingan rakyaat dan negara dan dilakukan tanpa menyanggah titah mana-mana Raja-raja Melayu, sebaliknya teguran Prof Aziz terhadap titah DYMM Sultan Selangor selaku ketua Agama Islam di Selangor adalah seperti menyanggah titah baginda yang bertindak cuba untuk menyelamatkan akidah rakyat Selangor ataupun umat Islam yang bermastautin di negeri baginda.

Jestru bukankan Prof Aziz Bari sememangnya keterlaluan???

4 comments:

  1. Jangan lah siasiakan nama AZIZ tu. apa nak jadi dengan nik dan ajis ni. cuba gunakan kepandaian untuk buat benda yang orang suka. boleh tak?
    kalau tak boleh makna nya mereka ni belum cukup karisma lagi laaa. macamana nak bertanding ni. aku dah tak sabar nak pangkah undi ni....

    ReplyDelete
  2. Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

    Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

    Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

    Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

    Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

    ReplyDelete
  3. yg menyebabkan bangsa2 lain berani mengutuk DYMM,sultan2 dan pemerintah melayu adalah di sbbkan manusia yg macam Aziz bahri ni lah....dia fikir yg dia pakar dlm hal perundangan & perlembagaan...jadi boleh komen apa aje tanpa memikirkan kesannya pada org melayu sendiri...buat kata Tun Mahatir melayu mudah lupa......

    ReplyDelete
  4. dia org lupa isu prebet adam agaknya. masa tu rakyat tidak sanjung raja. bila buat pindaan barulah rakyat sanjung tinggi raja. tidak ada lagi kes mcm prebet adam. kuasa raja tak hilang pun. kalau raja bunuh rakyat pun, raja itu dibicara dalam mahkamah khas yang terdiri dari raja-raja melayu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3