bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Sept 2011

Perlaksanaan Hudud di Kelantan, Nik Aziz Tak Faham Atau Dah Nyanyuk??? Asyik Nak Salahkan BN???

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menerima baik dan bersyukur dengan keputusan dibuat oleh kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu hukum hudud malam tadi.

 Sehubungan itu kata Nik Aziz beliau menerima baik pendirian perikatan tersebut yang menghormati hasrat kerajaan negeri dalam isu berkenaan hukum hudud.

Bismillah saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah saya menerima baik dan bersyukur sangat-sangat kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan, kata beliau sambil menambah pelaksanaan undang-undang itu tidak akan memberi kesan ke atas masyarakat bukan Islam.

Malangnya kata beliau (gambar) undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan buat masa sekarang sebab kerajaan pusat didukung oleh Umno menghalang kami daripada berbuat demikian.

Malam tadi Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati. Ya ya Sangat jelas ia perlu bersama, kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan.


Komen Isac;

Nik Aziz samada sememangnya dah nyanyuk atau terkena sindrom asyik menyalahkan Umno/BN??? Beliau seperti tak faham apa yang DSAI telah katakan....

1 comment:

  1. Masalah PAS dan PR ini tidak mahu melihat dalam diri sendiri. Malu untuk mengaku salah sendiri. Kalau begini sikapnya maka60 tahun lagi belum tentu dapat memerintah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3