bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

4 Sept 2011

Korban Misi Bantuan ke Somalia dan Menyorok di Kedutaan Turki???



PESAWAT Hercules C130 yang membawa jenazah jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, bersama 54 ahli misi bantuan kemanusiaan ke Somalia selamat mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 10.03 pagi tadi. - Foto Roslin Mat Tahir. Sep 4, 2011 12:19 pm




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama menunaikan solat jenazah jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohamad Nor di masjid pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang hari ini. Allahyarham terkorban Jumaat lalu, selepas terkena tembakan peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan Putera Umno 1Malaysia. - Foto AP/Lai Seng Sin. Sep 4, 2011 12:59 pm

 
   

JURUKAMERA TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, (tengah) cedera selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, semalam. Turut bersama Muhamad Solleh Ahmad Kamal (kiri) dan Melissa Ong (NTV7). - Foto BERNAMA. Sep 3, 2011 4:09 pm


IBU Noramfaizul, Naemah Abd Majid tidak dapat menahan sebak ketika melihat gambar terakhir arwah di Mogadishu beberapa jam sebelum ditembak mati. Berita Harian.


Komen Isac;

Bukti bahawa keamanan negara yang kita nikmati ini wajar kita pertahankan!!! Jangan sampai nanti negara huru-hara sebagaimana di negara2 lain...

Suatu pengajaran yang begitu "mahal harganya" !!!

Pihak penganjur dan syarikat berita yang menghantar sukarelawan2 dan wartawan2 mereka ke kawasan "bahaya" seperti di Somalia pada masa2 hadapan wajar membekalkan peralatan2 keselamatan seperti jaket kalis peluru dan helmet keselamatan sebagai usaha pencegahan disampin perlindungan insuran yang sewajarnya untuk melindungi mereka dan keluarga jika ada apa2 berlaku.

Wajar ditekankan walaupun anggota2 misi bantuan ini dilindungi oleh tentera Somalia tetapi, apa2 juga kemungkinan boleh berlaku.

Kawasan perairan berdekatan yang selalu dikaitkan dengan rampasan kapal-kapal dagang oleh pihak penentang dan lanun sewajarnya dijadikan iktibar. Pastinya dengan peralatan keselamatan peribadi selain dilindungi oleh kawalan ketat pasukan keselamatan akan memberikan anggota2 misi bantuan lebih peluang untuk terselamat daripada apa-apa bentuk serangan.



Serangan oleh tentera Israel terhadap misi bantuan Flotila Palestine yang melibatkan 12 orang rakyat Malaysia termasuk para wartawan di atas kapal Marvi Marvara dan ditahan di Haifa, Israel sebelum ini sewajarnya menjadikan kita lebih bersedia untuk misi bantuan kemanusiaan di kawasan "panas" seperti di Somalia. Niat yang baik sahaja tidak cukup, kerana kita juga sepatutnya lebih bersedia untuk kebaikkan diri dan angota2 misi bantuan itu sendiri. Jestru lain kali jangan ambil mudah!!! Kerana di negara2 yang bergolak pastinya tidak seselamat dan sedamai di Malaysia.

Penulis terkenangkan kembali bagaimana seorang pemimpin "besar" pembangkang telah melarikan diri dan berlindung di sebuah kedutaan asing di Malaysia kerana kononnya nyawa beliau terancam gara-gara untuk mengelakkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat. Bayangkan jika  beliau berada di Somalia??? Mungkin kini nama beliau telah menjadi lipatan sejarah!!!

Jestru rayu penulis, janganlah keamanan negara tercinta ni diganggu-gugat demi untuk mempertahankan pemimpin2 yang memperjuangan kepentingan peribadi dan sanggup memecah-belahkan perpaduan nasional.

Al-fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.



No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3