bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

30 Sept 2011

Hudud - Semalam Ajak Muzakarah, Hari ni Dah Ajak Gaduh Pulak???

Yang jelas bagi penuliswartawan Malaysia Insider ni yang saja nak bagi panas, sebab nak jual "berita".

Takpun sebab dengki kerana takut orang Melayu/Islam bersatu atas isu Hudud!!!

Sebenarnya jika kita orang Islam yang "bijak" kita sepatutnya gunakan isu ini untuk bersatu dan bukannya untuk bergaduh sesama kita.

Sebagai titik persamaan untuk kita bermuzakarah dan mencari penyelesaian.

Jika Pas ikhlas, untuk menegakkan sebuah negara yang 100% menjalankan tuntutan Islam, semua pihak perlulah memainkan peranan. Sejak 54 tahun kita merdeka, tidak boleh hendak dinafikan bahawa Umno telah banyak menyumbang ke arah mengislamisasikan negara!!!

Perlu diakui bahawa Hudud adalah sebahagian kecil dari keseluruhan cara hidup Islam, untuk melaksanakannya banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan Hudud sendiri perlu difahami dan diperbincangkan tentang bagaimana undang-undang civil hendak diadun supaya saling melengkapi.

Yang jelas tanpa kerjasama dan muafakat semua umat Islam di Malaysia Hudud tidak akan boleh terlaksana. Jangan politikkan Hudud!!! Kenapa tidak kita buat hudud secara muswarah dan muzakarah sebagaimana kita wujudkan Tabung Haji untuk memudahkan umat Islam menunaikan Haji dan Umrah, sebagaimana kita membebaskan umat Islam dari sistem riba dengan tetubuhnya sistem kewangan Islam iaitu Perbankan Islam dan Gadaian Islam, menubuhkan Universiti Islam, Pusat Islam, membantu menaikkan syiar Islam dengan menaikkan ekonomi orang-orang Islam dan lain-lain lagi???

Ianya juga adalah suatu perjuangan fisabililah!!! Jestru buatlah dengan Ikhlas, semata2 untuk mendapat keredhaan daripada Allah azawajalla...

2 comments:

  1. Biasa lar..apabila niat dipanaskan isu hudud ni untuk kepentingan politik,macam ni lar jadinya..dua2pihak melayu mengakui perlunya perlaksanaan hudud, tapi masih taknak bersatu..bukannya kita tak nampak siapa sebenarnya yang menentang hudud..dah tentu yang menentang tu kaum cina dan india yang kurang memahami apa sebenarnya hudud ni..bala..bala..

    ReplyDelete
  2. ni lah silapnya..yg pi bincang bab hudud dengan org bukan islam buat apa wahai tok2 guru pas,hal islam kan ke lebih baik berbincang sesama islam, pi bincang dengan DAP apa yg boleh dapat,mesti la DAP tak setuju...

    kalau betul nak buat hukum ni sangat,menghadap la DULI YG MAHA MULIA AGONG,terangkan bab hudud yang hangpa nak buat ni secara jelas.. ni dah 3,4kali mesyuarat habok pun tarakk..dak pun buat demotrasi besarrrrrr punya macam hangpa buat perhimpunan BERSIH tu,tuntut kerajaan laksanakan hudud.. itu baru betul, bukan takat berkokok merata berak merata,buat tak seperti kata sekadar melepas batuk ditangga semata...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3