bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

29 Sept 2011

Hudud Perlukan Muzakarah??? Itulah Yang Sebaik-baiknya!!!


Komen Isac;

Ia adalah wajib fardhu kifayyah. Selagi tidak dilaksanakan, semua umat Islam berdosa. Jestru bermuzakarah adalah yang paling baik.

Ianya perlukan sumbangan daripada semua ahli agama tidak kira dari pembangkang, kerajaan, mufti-muft, wakil-wakil NGO, wakil-wakil sekolah pondok, bebas dan lain-lain.

Perlu dilakukan atas dasar ikhlas dan bukan untuk kepentingan duniawi. Jestru saranan penulis agar ianya dilakukan secara tertutup supaya lebih ikhlas. Para ilmuan ini juga perlu berbincang bagaimana undang-undang civil hendak digunakan bagi melengkapi hukum hudud dan bagaimana bukti-bukti saintifik seperti bukti DNA, video, audio dan lain-lain hendak digunakan.

Sesungguhnya ianya pasti sesuatu yang mencabar kerana dalam hukum hudud cuma saksi-saksi yang beragama Islam dan adil sahaja yang boleh digunakan untuk kes-kes yang melibatkan Hudud dan qisas. Perlaksanaan di zaman Rasulullah s.a.w. lebih mudah kerana selain majoriti penduduk Madinah dan Mekah adalah beragama Islam iaitu selepas pembukaan Kota Mekah yang lainnya pula adalah ahli Kitab di mana hukuman daripada kitab mereka juga samada hampir sama ataupun lebih keras.

Di negara kita di mana penduduk-penduduknya berbilang bangsa dan sebahagian dari mereka pula bukannya dari kalangan ahli kitab, undang-undang civil juga perlulah digubal supaya ianya selari dengan hukum Hudud untuk mengelakkan penjenayah melepaskan diri...

Sebagai contohnya dengan undang-undang sediada jika lelaki bukan Islam berzina dengan wanita Islam, sekiranya cukup saksi dan bukti wanita Islam akan dihukum mengikut Hudud iaitu samada 100 rotan jika bujang ataupun ditanam separuh badan dan direjam sampai mati sekiranya pernah berkahwin, sebaliknya lelaki bukan Islam akan terlepas jika zina itu atas dasar suka sama suka.

Bagimana pula jika dalam kes bunuh salah seorang dari empat saksi adalah bukan beragama Islam adakah pembunuh akan terlepas?

Bukan berniat untuk mencari salah hukum Hudud, pada pandangan penulis semua pihak mewakili para agamawan dan ilmuan perlulah berganding tenaga untuk "fine tune" dan menyelaraskan undang-undang civil dengan Hudud.

2 comments:

  1. Sampai bila la agaknya pemimpin PAS ini mahu menjadikan ISLAM ini seperti bola untuk ditendang ke sana ke mari? Sedih sungguh, moga mereka diberikan balasan yang setimpal dengan penghinaan yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  2. Allah maha mengetahui segala sesuatu, persoalannya adakah PAS ikhlas dalam menyatakan sesuatu, kalau perbincangan itu akhirnya nak tunding jari untuk menyalahkan pihak lain aku kira ianya tidak perlu. Yang pasti keikhlasan. Allah maha mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak ikhlas, jangan ada udang di disebalik mi.

    BN dapat bertahan kerana keikhlasannya, Allah maha mengetahui.

    warga sebelum merdeka

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3