bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

28 Sept 2011

Dengan Tarbiyyah Pas Hudud Juga Bakal Diterima Bukan Islam???


Sesuatu yang mungkin diterima jika ianya hanya dilaksanakan ke atas orang-orang Islam....Tetapi adakah itu adil? Adakah itu yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.???

Hudud yang dibentangkan oleh Pas wajar diperhalusi,  diperbaiki dan diberi penambah-baikan. Sewajarnya umat Islam perlu bersatu demi untuk menghasilkan undang-undang yang baik dan adil kerana ianya adalah wajib fardhu kifayah..

Perlu diingat, hukum Hudud di zaman Rasullullah s.a.w masih banyak yang perlu diperhalusi kerana apa yang diberlaku di zaman kita banyak yang tidak terdapat di zaman baginda. Dengan kemajuan teknologi, bukti-bukti seperti DNA, audio dan video juga patut diberikan laluan. Jestru ulamak bukan sahaja perlu arif dalam ilmu agama bahkan perlu juga tahu akan ilmu-ilmu dan teknologi semasa.

Para penggubal undang-undang dan majlis Syura juga perlu mempastikan agar pesalah bukan Islam tidak terlepas begitu sahaja. Sebagai contohnya dalam kes mahkamah Syariah sekarang ini jika seorang gadis/wanita Islam didapati berzina (bukan setakat khalwat) dengan seorang atau lebih lelaki bukan Islam, yang didakwa dan dihukum hanyalah gadis/wanita Islam itu sahaja sementara lelaki bukan Islam terlepas bebas begitu sahaja!!!

Ini sama sekali bersalahan dengan apa yang dipraktikkan pada zaman Rasullullah s.a.w.

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3