bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

26 Sept 2011

Bukti Penduduk Pulau Pinang Menolak Bersih???






5,000 pelajar sekolah menyertai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengayuh basikal sejauh 7 kilometer di P.Pinang awal pagi ini. Perdana Menteri dilihat begitu dekat dengan rakyat apabila menyertai Program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjung Tokong tersebut.

Kehadiran Perdana Menteri seawal jam 7.30 pagi itu disambut oleh puluhan ribu pelajar sekolah dan juga Pengerusi Badan perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman. Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon bersama Ketua Menteri P.Pinang juga turut kelihatan.

Program yang bertujuan untuk mengumpul dana berjumlah RM15 juta bagi membangunkan 15 Sekolah Menengah Cina termasuk lima Sekolah Menengah persendirian Cina di P.Pinang ini dipuji oleh DS Najib sebagai satu usaha yang amat baik. Ia dapat membantu generasi muda negara didalam soal menyediakan kemudahan pembelajaran.


Komen Isac

Cubaan Guan Eng untuk mem"Bersih"kan program Najib ini nampaknya tidak berjaya dan majoriti rakyaat Pulau Pinang menolak politik sempit beliau.

Ini boleh dilihat kepada betapa kecilnya jumlah mereka yang memakai baju kuning seperti mana Ketua Menteri Pulau Pinang.

Artikel penuh klik sini.

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3