bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

6 Sept 2011

Bukit Kepong Catatan Emas Buat Perwira2 Yang Gugur - Bagaimana Dengan Waris Mereka???

Sharifah Aminah Syed Ali, 83, balu kepada seorang anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong selepas berlakunya tragedi serangan komunis, memohon supaya dipertimbangkan untuk menerima pencen suaminya yang meninggal dunia semasa bertugas di Balai Polis Kulim pada 1962.

Sharifah Aminah, yang kematian suami Syed Omar Syed Yasin hampir 50 tahun lepas, memohon agar dipertimbangkan bayaran pencen kerana sepanjang kematian suaminya, dia tidak pernah menerima imbuhan itu.

"Selepas kematian suami, tok hanya menerima duit sagu hati sebanyak RM1,800 dan selepas itu dah tak dapat apa-apa duit dah. Duit pencen pun tak dapat juga sampai hari ini," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini. Artikel penuh
klik sini.



Komen Isac;

Jika dakwaan tersebut benar, pihak PDRM wajar berbuat sesuatu. Pastinya jika benar, meninggal pada tahun 1962 apatah lagi dalam tugas, pastinya melayakkan beliau untuk menerima wang pencen arwah suaminya. Pastinya Sharifah Aminah berhak menerima tunggakkan pencen untuk tempoh 50 tahun sehingg bulan semasa.

Penulis berharap, janganlah jasa mereka ini cuma dicatatkan di dalam buku-buku sejarah tetapi waris2 mereka dibiarkan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Bukan imbuhan dan penghormatan yang mereka pinta, Insan2 berjiwa besar yang berkorban demi agama dan bangsa, waris2 nya pula bukan mengharapkan lebih, tetapi cuma sekadar meminta hak yang yang sepatutnya menjadi milik mereka.

Bayangkan, sekiranya anggota-anggota polis di Bukit Kepong menyerah dengan mudah kemudian disusuli satu demi satu balai-balai polis di kawasan sekitarnya jatuh kepada penguasaan Pengganas Komunis ataupun Bintang Tiga. Dengan sumber senjata dan peluru yang ada, lanskap sejarah negara mungkin bertukar wajah.

Tanah Melayu mungkin bertukar menjadi seperti "Vietnam" di perintah oleh Bintang Tiga. Pemimpin-pemimpin Umno pastinya diburu dan di bunuh. Perlu ditekankan Pas yang ditubuhkan pada 4 April, 1956 juga adalah dari initiatif ahli-ahli agama Umno yang mahukan parti yang lebih Islamik. Secara logiknya jika pemimpin-pemimpin Umno diburu dan dibunuh oleh Pengganas Komunis, Pas juga pastinya tidak akan tertubuh kerana PKM yang menolak amalan beragama pastinya tidak akan melepaskan pemimpin2 agama yang lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:



Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi

Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha

Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota

Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota

Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota

Tuan Haji Mansor J.P - Anggota

Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Sumber klik sini.

Jestru pastinya pengorbanan anggota-anggota polis, keluarga mereka dan penduduk-penduduk kampung di Bukit Kepong pada tahun 1950 itu telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan kita semua rakyaat Malaysia.

No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3