bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

8 Sept 2011

Bukan Saya (Buaya) Yang Makan Orang!!! Dialog Yang Biasa Kita Dengar...

Foto ikhsan dari sini.

Anda bayangkan... Jika buaya yang sememangnya terkenal dengan keganasannya apabila ia tertangkap, pastinya jika dia boleh bercakap dan menafikan segala kesalahan yang telah dilakukan, sibuaya tadi pasti akan menafikannya demi untuk melepaskan diri...

Begitulah juga dengan Pengganas Komunis. Semasa pemerintahan bintang tiga selama 2 minggu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, berapa ramai yang telah mereka bunuh???

Pastinya jika berpeluang untuk mempertahankan diri, para pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepung juga pastinya akan menafikan pembabitan mereka ataupun akan mengatakan itu semua adalah harga atas nama perjuangan memerdekakan negara.

Mat Indera mungkin benar2 tidak mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong menjadi mangsa keadaan di mana namanya mungkin telah dipergunakan oleh Komradnya yang berbangsa Cina atas kepentingan "politik PKM". Tapi hakikatnya pengganas2 yang telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah penjenayah dan pengkhianat negara termasuklah sesiapa sahaja yang bersimpati dengan perjuangan mereka!!!

Sebab itulah orang2 tua selalu berpesan, berhati2 memilih kawan silap pilih merana badan. Atas alasan yang sama jugalah mengapa kita tidak suka PAS berkawan dengan DAP...


No comments:

Post a comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3