bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

3 Feb 2011

PAS Tolak Kerajaan Perpaduan Dengan Umno - Kerana Khalid Tak Mendapat Tempat???

Ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad berkata parti Islam itu lebih suka bekerjasama dengan kumpulan 'berakhlak mulia' dalam DAP dan PKR berbanding golongan Islam dalam Umno.

“Umno ajak PAS kerjasama kerana kedua-duanya parti Melayu macam orang Melayu Islam yang ajak kita pergi pub untuk minum bir.

"Tapi ada pula orang bukan Melayu bukan Islam ajak kita pergi kedai mamak minum teh tarik," katanya dalam satu majlis ceramah anjuran PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Khalid mendakwa, perbandingan itu dibuat berdasarkan realiti terhadap tindakan Umno sepanjang pentadbiran selama 53 tahun di Malaysa, termasuk rasuah dan salah guna kuasa.


"Jadi kita patut ikut Umno atau ikut orang yang ajak kita minum teh tarik?," soalnya yang disambut dengan jawapan "teh tarik" oleh kira-kira 1,000 yang hadir di ceramah berkenaan.

Komen Isac;

Pertama sekali, yang pasti Khalid tidak sama sekali boleh mendakwa apa yang diucapkannya adalah mewakili suara parti. Adat dalam politik hari ini musuh, esok mungkin akan menjadi rakan yang paling akrab!!!

Buktinya telahpun ada dihadapan mata. Jika dahulu Umno "dikafirkan" Pas kerana menerima MCA, MIC dan parti-parti bukan Islam yang lain bersama-sama dalam BN untuk memerintah negara ini, kini mereka pula menerima PKR dan DAP.

Bercerita pasal minum bir takkanlah semua pemimpin-pemimpin Umno yang kaki botol...

Bagaimana pula dengan dakwaan-dakwaan pemimpin-pemimpin Pas yang ditangkap khalwat??? Terlibat dengan zina dalam koc VIP, Hotel Puduraya, Hotel Perdana??? Bersekutu dengan ketua pembangkang yang belum dilepaskan dari pertuduhan kes liwat??? Kes penyelewengan Kohilal??? Mana perginya wang kutipan derma tabung Memali???

Bagaimana pula dengan bercambahnya permis-permis menjual arak di kawasan perumahan orang-orang Melayu di bawah pemerintihan Pakatan di Selangor???

Memang mudah mendedahkan keaiaban orang yang entah betul atau tidak, tetapi bagaimana pula jika perkara yang sama diajukan ke muka kita???

Atau Khalid menolaknya kerana beliau tidak ditawarkan jawatan Menteri/Timbalan Menteri dalam kerajaan Perpaduan???


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3