bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

17 Feb 2011

Boikot Suruhanjaya Sisatan Kes TBH - Usaha Terdesak Melindungi Tohmahan Pembangkang???

Semalam keluarga mendiang, Karpal dan Gobind menarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Siasatan. Hari ini kerajaan negeri Selangur di bawah Pakatan juga mengambil tindakan yang sama.
Ini semua adalah tindakan "main wayang". Mereka tahu keputusan Suruhanjaya Siasatan yang rata-rata dibarisi oleh tokoh-tokoh yang dihormati dan hebat pasti akan diterima oleh rakyaat. Jika nanti keputusan suruhanjaya berkenaan tidak menyokong "propaganda" jahat mereka yang selama ini menuduh mendiang Teoh "dibunuh" oleh SPRM/Umno  pastinya "belang" mereka akan diketahui ramai!!! 
Jestru sebelum perkara tersebut berlaku, mereka seboleh-bolehnya cuba menghasut rakyaat dan membayangkan bahawa angota-angota Suruhanjaya Siasatan ini juga adalah merupakan mereka yang pro kerajaan. korup dan tidak ada kedibiliti. Begitulah licik dan jahatnya perancangan mereka.

Ironinya keluarga mendiang yang cuba mencari kebenaran juga telah termakan hasutan mereka ini.

Rakyaat perlu tahu, bahawa sebagaimana perbicaraan biasa, Suruhanjaya Siasatan juga berkuasa untuk mengsapina sesiapa sahaja yang difikirkan perlu untuk hadir dan memberikan keterangan. Jestru samada keluarga mendiang, wakil kerajaan Selangor malah Karpal dan Gobind sekalipun sekiranya pihak Suruhanjaya Siasatan mengsapina mereka mereka wajib menghadirkan diri ke mahkamah dan sekiranya enggan mereka boleh dipenjarakan.

Jestru jangan ragu-ragu dengan keputusan yang bakal diputuskan oleh Suruhanjaya Siasatan.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3