bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

25 Nov 2010

Mazlan (ANAK) Akan Membela Rakyaat Laos???

'Presiden Laos teruja dengan Felda'
Nov 25, 10 4:59pm

NONEKejayaan Felda mengeluarkan rakyat daripada arus kemiskinan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ditawarkan bekerjasama untuk membuat penerokaan tanah di negara Laos.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor (kiri, tengah) berkata Presiden Laos Choummaly Sayasone menyatakan rasa kagum terhadap keberkesanan Felda dan berhasrat bekerjasama bagi membangunkan tanah di Laos ketika melakukan lawatan ke Wisma Felda hari ini.

"Presiden Laos telah menyatakan senang hatinya setelah mendapat maklumat tentang Felda dan beliau sangat teruja dengan kejayaan Felda sejak dari awal penubuhannya sehingga kini hinggakan menyatakan keinginan beliau untuk bertukar pengalaman dan kepakaran antara pegawai dari negara itu dengan Felda mengenai pembangunan tanah.

"Beliau berminat untuk mengambil pengalaman Felda menghadapi kesulitan di peringkat awal (penubuhan) iaitu pada 10 tahun pertama dan bagaimana Felda berjaya melepasi period kesulitan itu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Laos di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Komen Isac;

Mazlan ni bernaung di bawah Felda tapi menghentam Felda... Jika Felda betul-betul menindas rakyaat, mungkin Mazlan patut pergi ke Laos dan melobi rakyaat negara tersebut agar menolak rancangan kerajaan mereka "meniru" konsep Felda.

Pelik bukan? Felda ditiru sampai ke luar negara seperti Brazil dan Laos tapi peneroka Felda sendiri ada yang menentang Felda.

Katanya Mazlan pernah meeninggalkan Felda dan pernah memohon untuk mengikutinya semula...

Adakah tindak-tanduknya semata-mata kerana dendam atau bermotifkan politik, hanya beliau yang mengetahuinya...

1 comment:

  1. Mungkin juga Isac...... Mazlan kan kaki pembela peneroka-peneroka dalam Felda, dia wajib ke sana juga takut kalau-kalau rakyat Laos akan ditipu Felda.... tak pe PAS-PKR-DAP boleh tanggung semua...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3