bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

21 Nov 2010

Jika Pas Ada Kelab Penyokongnya Dikalangan Bukan Islam - BN Pula Ada Ahli Bersekutu!!!


BN pinda perlembagaan
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan bersejarah dengan meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti.

Pindaaan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pindaan itu amat penting sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN yang membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu.

Pindaan itu adalah:

* Ahli bersekutu – sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain.

* Ahli bergabung – terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN.

* Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN

* Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi.


Komen Isac;

Sebagai persediaan menjelang PRU ke 13!!! Lawan jangan tak lawan!!!

1 comment:

  1. Perkhidmatan BAPAK adalah PERCUMA, tetapi perkhidmatan ANAK kene BAYAR RM500!

    Syabas kepada YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan yang telah melancarkan Biro Aduan Peneroka Kebangsaan BAPAK sebagai wadah sebenar warga FELDA untuk mencari penyelesaian.

    Bukan seperti ANAK oleh Mazlan Aliman yang menjadi talibarut PAS serta sanggup diperalatkan oleh para peguam pro pembangkang!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3