bumiyang toolbars

Get our toolbar!

Rakan Bumiyang;

Herba Ajaib

31 Aug 2010

Parti Yang Selama Ini Menentang "Melayu" & Islam, Kini Dipuja & Dijadikan "Hero" Melayu???

Isu masjid: Puak ‘sosialis’ mahu beli jiwa Muslim

August 30, 2010
PUTRAJAYA, 30 Ogos — Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.

“Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan.

“Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah Sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Anggota Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching “bertazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

Mengulas lanjut, Hishammuddin (gambar) yang juga Naib Presiden Umno, berkata perkembangan perkara itu amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

“Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata ‘kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil’, lepas ini apa lagi “bala” nak datang?

“Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam.

“Saya kira dalam perkara yang menyentuh soal pegangan agama, pemimpin parti politik perlu berani menyatakan perkara sebenar dan mengambil tindakan jelas dan nyata serta mengelakkan kenyataan-kenyataan yang boleh terus menerus mengelirukan orang Islam,” katanya.

Hishammuddin berkata agenda yang dibawa oleh DAP amat jelas dan mereka tanpa henti terus mengambil pendekatan ekstrem, mempertikai hak yang selama ini dipertahankan oleh pemimpin Melayu dan Raja-Raja Melayu.

“Namun, mengapa ada pemimpin daripada parti yang mengaku memperjuangkan Islam enggan mengakui apa yang dibawa oleh DAP ini sebagai menghakis sedikit demi sedikit kekuatan orang Melayu?” soalnyanya.

Pada masa ini, Hishammuddin dalam rangka lawatan tugas rasmi di Bandar Seri Begawan, Brunei bagi membincangkan soal-soal berkaitan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. — Bernama


Komen Isac;

Melayu mudah lupa... Berpuluh tahun mereka ini "memerangi" "Melayu", kini apabila mata kita dikaburi dengan senyuman dan kata-kata manis berserta sumbangan "RM 500.00", sampai sesetangah "Ulamak" kita pun mampu "mereka" beli!!!

Apa komen TG Haji Hadi yang dahulu begitu menentang kerjasama Umno, MCA, Gerakan dan MIC kerana kononnya bersengkokol dengan kufar??? Apa pula kata Datuk Harun Din Al Hafiz dan Datuk Ibrahim Man?

Atas dasar keterbukaan, hak sama-rata dan ketelusan, kita sanggup "gadaikan" dan berkongsi apa sahaja milik kita tetapi yang pasti "mereka" terus "menggemgam" erat semua "milik mereka".

Kini bukan sahaja  masjid dan surau sanggup digadaikan...Bahkan nama Allah pun sesetengah dari kita sanggup "jualkan" demi faedah duniawi...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List 1

My Blog List 3